Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, June 8, 2026

Be Flexible: Kunci Ketenangan dalam Menghadapi Kehidupan

Be Flexible: Kunci Ketenangan dalam Menghadapi Kehidupan Orang yang fleksibel selalunya lebih tenang kerana mereka mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dan cabaran yang datang tanpa terlalu terbeban dengan perkara yang berada di luar kawalan mereka. Fleksibiliti bukan bermaksud mengalah atau tidak mempunyai pendirian, tetapi kebijaksanaan untuk menyesuaikan pendekatan mengikut keadaan. Fleksibiliti adalah satu kemahiran hidup yang sangat berharga kerana ia membantu seseorang menghadapi perubahan dengan lebih matang dan positif. Di Tempat Kerja Dalam dunia pekerjaan, perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tugasan yang berubah-ubah, tekanan kerja, atau berhadapan dengan pengurusan yang mencabar boleh menjadi punca stres jika kita terlalu rigid dalam pemikiran. Namun, seseorang yang fleksibel akan lebih fokus kepada objektif dan penyelesaian berbanding mengambil sesuatu secara peribadi. Mereka memilih untuk kekal profesional, menyesuaikan diri dengan situasi, dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Dalam Kehidupan Seharian Kehidupan juga dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab dan ujian yang tidak dijangka. Jika kita terlalu bergantung kepada satu cara atau satu jangkaan tertentu, kita mudah kecewa apabila perkara tidak berjalan seperti yang dirancang. Sebaliknya, apabila kita lebih fleksibel, kita mampu melihat setiap cabaran sebagai peluang untuk belajar dan berkembang. Kita belajar menukar perspektif terhadap ujian sebagai rahmat yang tersirat, sekali gus membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan hubungan interpersonal dengan orang di sekeliling.
Tips Menjadi Lebih Fleksibel 1. Pertimbangkan pilihan alternatif yang ada Jangan terus mempersoalkan atau menolak sesuatu keadaan. Cuba lihat pilihan dan kemungkinan lain yang boleh membantu mencapai matlamat yang sama. 2. Mulakan dengan perubahan kecil dalam diri Perubahan besar bermula dengan langkah kecil. Biasakan diri menerima perkara baharu sedikit demi sedikit. 3. Cari peluang baharu Lihat setiap cabaran sebagai peluang untuk memperoleh pengalaman, ilmu dan kemahiran yang baharu. 4. Cabar kepercayaan yang membataskan diri Kadangkala yang menghalang kita bukan keadaan, tetapi cara kita berfikir tentang keadaan tersebut. 5. Kekalkan sifat positif, husnuzon dan bersangka baik Tidak semua perkara berlaku seperti yang kita inginkan, tetapi banyak perkara berlaku mengikut hikmah yang Allah SWT tentukan. 6. Lakukan senaman dan jaga kesihatan diri Tubuh yang sihat membantu minda menjadi lebih tenang, fokus dan mudah menyesuaikan diri dengan perubahan. Ubah Cara Melihat Situasi
"By reframing how you look at a situation and replacing unhelpful thoughts, you become more flexible and better able to adjust your reactions to suit the situation." Apabila kita mengubah cara kita melihat sesuatu situasi, kita sebenarnya sedang mengubah cara kita bertindak balas terhadapnya. Perspektif yang lebih luas akan melahirkan tindakan yang lebih bijaksana. Semoga Allah Al-‘Alim mengurniakan kepada kita pemikiran yang sentiasa husnuzon, hati yang lapang menerima ketentuan-Nya, dan kebijaksanaan untuk melihat hikmah di sebalik setiap ujian. Moga-moga yang datang dalam kehidupan kita adalah perkara yang baik-baik, atau menjadikan kita lebih baik. "When you change the frame, you change the game." Kadangkala bukan situasi yang perlu diubah, tetapi cara kita melihat situasi tersebut.

No comments: