Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, June 29, 2021

Berbasikal Pilihan Terbaik



Minat dalam berbasikal ni memang dah lama tetapi di saat PKP ni niat ni terkabul . Nekat mencari basikal yang hanya bermodalkan RM600 dan kami dapat 2 basikal satu untuk si kenit dan satu untuk ibu. Tetapi what do you expect kalau harganya murah so yang penting niat mesti diteruskan. Alhamudulillah sepanjang PKP bermula dari PKP 1.0 sehingga PKP 3.0 masih istiqomah lagi berbasikal. Tak perlu memikirkan apa orang kata tapi apa badan kita perlu itu yang patut kita fikirkan.

Kenapa berbasikal? Berbasikal mungkin semakin kurang popular di Malaysia pada hari ini walaupun banyak manfaat berbasikal yang dapat diperolehi. Sebenarnya, bersukan atau bersenam secara am juga agak kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini. Namun sebagai seorang ibu yang sangat sibuk dalam mengurus anak-anak bagi saya perlu ada masa untuk pastikan untuk bergiat aktif dalam sebarang aktiviti berbentuk riadah.  Semangat yang ditunjukkan oleh Amir menjadikan saya untuk berusaha bergiat cergas dan menjadikan ia sebagai rutin harian.















Mengapa ia merupakan pilihan yang baik sebagai senaman?

Aktiviti bersenam ini mempunyai banyak kebaikan untuk kualiti kesihatan yang baik, antara manfaat berbasikal ialah:

  1. Berimpak rendah – ia tidak memerlukan banyak tekanan berbanding sukan lain.
  2. Latihan otot yang baik – semua otot kaki yang utama terlibat.
  3. Mudah – tidak memerlukan skil yang susah seperti sesetengah sukan yang lain. Semua orang tahu berbasikal.
  4. Kecergasan dan stamina – dua aspek ini boleh ditingkatkan.
  5. Fleksibel – anda boleh menentukan tahap senaman yang ingin dilakukan, sama ada ringan atau berat.
  6. Menyeronokkan – sambil bersukan, sambil berjalan melihat permandangan sekeliling.
  7. Menjimatkan masa – selain semata-mata untuk bersukan, ia juga boleh berfungsi sebagai alat pengangkutan terutamanya untuk jarak yang tidak terlalu jauh.

Apa pula manfaat berbasikal daripada segi kesihatannya?
  1. Meningkatkan kecergasan jantung.
  2. Meningkatkan kekuatan otot.
  3. Bagus untuk pergerakan sendi.
  4. Mengurangkan stres dan tekanan.
  5. Membantu postur dan koordinasi badan.
  6. Mengurangkan lemak badan.
  7. Mencegah pelbagai penyakit.
  8. Mengurangkan kebimbangan dan kemurungan.

Senaman ini adalah cara yang baik dalam meningkatkan metabolisme badan dan membakar lebihan lemak di dalam badan.Jika digabungkan dengan diet pemakanan yang betul, ia dapat memberikan hasil yang baik.Tambahan pula, berbasikal secara relatifnya lebih mudah dan kurang membebankan berbanding sukan seperti berjoging.

Masalah sendi dan tulang
Sukan ini membantu memperbaik postur dan koordinasi, seterusnya mengurangkan risiko jatuh dan patah tulang, terutamanya dalam kalangan warga emas. Jika anda mempunyai osteoartritis, manfaat berbasikal akan membantu mengurangkan simptomnya.

Kesihatan mental
Senaman seperti berbasikal menyebabkan badan merembes hormon endorphin yang merangsang mod baik.Hormon ini membantu mencegah keadaan kesihatan mental seperti kemurungan, stres dan kebimbangan. Membuatkan kita selalu berfikirkan terbuka dan positif malah kita lebih sentiasa bergerak aktif kurang memikirkan perkara yang tidak berkaitan dengan diri.


Monday, June 28, 2021

COVID 19 - Apa yang kita pelajari








saya ingin berkongsi cerita dari laman socmed, yang mana menggariskan tips yang sangat berguna bagi saya. Berdasarkan perkongsian seorang hamba Allah yang saya sertakan di bawah, saya amat bersetuju. kerana di kala PKP anak-anak memberi pandangan untuk membaik pulih sendiri rumah.  Seperti selalu Amir anak yang dibesarkan di sekolah sukan Malaysia berasrama penuh mempunyai disiplin yang sangat tinggi. Ketegasan beliau terserlah. Masa dihujung Ramadhan anak-anak menghabiskan masa bersama dengan mengecat dihalaman rumah. Memang tak pernah menduga mereka punyai bakat tersendiri dan cuba mengunakan perabut yang ada.

Dimasa  ini ketika semua berada  di rumah eloklah diisi dengan aktiviti yang berfaedah bersama-sama ahli keluarga yang lain. Antaranya ialah saling bantu-mebantu membersihkan dan mengemas rumah. Rumah yang selesa mewujudkan suasana yang lebih harmoni ketika berada di dalam rumah. Fikiran juga menjadi tenang. Rumah bersih dan kemas, hati juga menjadi lapang.

Jangan menjadikan teknologi moden sebagai batu penghalang untuk kita mencapai keharmonian kekeluargaan.  Pada mulanya keadaan agak tidak terkawal yang mana anak-anak terlalu alpa dengan talifon dan dunia wifi mereka maka disini ibu memainkan peranan yang sangat penting. Saya selalku ibu perlu bertindak tegas dan cuba untuk menjadikan contoh pada anak-anak. I m not a good mom but I dont want to be a BAD mom maka tak salah untuk kita perbaiki kerana kita akan belajar dari kesilapan sendiri. Saya akan cuba elakkan membawa kesibukan luar ke dalam rumah. Komunikasi sangat penting dalam sesebuah hubungan. Jika tidak berkomunikasi, bagaimana perhubungan dapat dijalinkan? Tanyalah  apa sahaja yang boleh memulakan perbualan ketika berada di dalam rumah. Meskipun ia bukanlah pertanyaan yang penting.

Terima kasih pada Amir kerana ketegasan beliau untuk membuang perabot lama yang tidak digunakan dan tak perlu berfikir panjang lagi memang perlu dibuang setelah dibuang perabut tersebut memang terasa amat lapang kerana banyak ruang kami. Syiling rumah yang agak tinggi menjadikan ruang kami lebih selesa.  Memang benar kata Adam, tidak perlu belanja yang besar tetapi cukuplah ada perubahan yang membuat kita merasa selesa bila melangkah ke dalam ruang rumah.







Berikut adalah tips yang boleh dirujuk untuk panduan


1. Kita telah masuk tahun ke dua covid 19 ini berjalan. Ekonomi dunia sedang mengucup, begitu juga kita.

2. Kita bukan negara kaya, maka vaksin kita memang akan lambat terima. Negara Eropah malah mula simpan vaksin lebih 50% buat rakyatnya katanya. Mereka kaya.

3. Pada hari ke 7  PKP 1 dulu saya pernah tulis, pelung untuk kita kembali pulih paling awal mungkin 5 tahun dari sekarang, kini baru masuk tahun kedua.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216960404865748&id=1335008716

4. Jika kita belajar dari surah Yusof ayat 47-49 kemarau ini akan panjang selama 7 tahun hijrah.

5. Kita baru fasa awal recession, belum sampai tengah apatah lagi penghujungnya . Tapi ramai pekerja telah terkorban kerja mereka.

6. Kali terakhir penjawat awam dipotong gaji adalah tahun 1980an dahulu. Kali ini selepas 40 tahun gaji mereka terpaksa dipotong elaun ya. Apakah ini langkah permulaan?

7. Perlu kita sedari juga, selepas tamat covid 19 ini juga. Bukan bermakna peluang kerja akan kembali cerah, IR4.0 akan mula mengambil alih bidang bidang kerja profesional pula. IR 4.0 akan lebih cepat terlaksana.

Boleh baca disini kawan kawan, saya pernah tuliskan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219586432074787&id=1335008716

8. Ramai orang mula cairkan harta yang mereka ada sekarang. Banyak dengar cerita orang mula jual hartanah yang salah beli pada bawah harga pasaran. Jangan juga cepat teruja nak beli, takutnya kita beli 'sampah' orang dan masalah orang lain pula. Kita rasa peluang, tetapi sebenarnya sampah orang.

9. Paling selesa dan selamat sekarang hanya pesara kerajaan dan penjawat awam sahaja nampak gayanya.

10.Memang  dikala wabak menimpa kita Sekarang,  bukan masanya melabur ditempat berisiko tinggi dengan jumlah yang besar.  

10.Namun apa yang kita perlu lakukan perpada pada dalam berbelanjan. Cuba elak untuk berbelanja.

11. Cuba bertahan dan sediakan dana kecemasan setahun kedepan. Makin besar dana kecemasan, makin baik untuk bertahan.

12.Bidang bidangn kerja separa kemahiran akan kekal ada permintaan. Orang tetap perlu repair aircond sebab ramai duduk dirumah.

13. Bagi orang gaji pernah besar, idea downgrade hidup ini terlalu idealistic. Tak mudah untuk dilaksanakan. Mereka dah biasa makan beras mathi susah nak telan beras hancur.

14. Belum nampak satu blueprint yang kukuh oleh kerajaan dan pemerintah apa yang akan dilaksanakan dalam tempoh pandemik ini dan selepas ini buat semua rakyat yang terkesan. Fokus terlalu pada isu politik dan vaksin.

15. Ada bank cadangkan kita struktur kembali hutang kita. Dari bayaran bulanan RM1500 sebulan jadi RM1000 sebulan. Bagi yang tak terkesan, jangan sebok nak ambil peluang. Percayalah apa sahaja cadangan bank, mereka tetap untung dan kita rugi.

16. Ada banyak nama pelaburan baru tumbuh, jika itu sahaja duit yang ada. Baik letak di ASB atau Tabung Haji.

17. Mula rasa bosan duduk kediaman yang ada, ada impian nak beli kediaman mewah. Tangguhkan sahaja dulu. Beli sahaja perabot IKEA dan cantikkan kediaman yang ada. Hutang kediaman baru lebih mahal dari sofa dan bantal IKEA!

18. Jika dah kena berhenti kerja, jangan terlalu berharap  akan diterima kembali kerja. Zaman selepas covid akan sangat berbeza


19. Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku dihadapan nanti. 

What's Around The Corner?.

Kekalkan simpanan yang ada, sekarang bukan masanya melabur ditempat berisiko tinggi.

Kepada Tuhan kita berserah, bersedialah dan jangan pernah mengalah 

Tiada siapa boleh jangkakan apa yang akan berlaku selepas ini. 

Selamat malam kawan kawan

Azizul Azli Ahmad








Selain duniawi dan material, faktor emosi dan rohani turut mempengaruhi suasana. Ada orang yang mempunyai rumah mewah yang tersergam indah, tetapi tidak bahagia dan tidak dapat tinggal di dalam rumahnya untuk jangka masa yang panjang. Maka kami terapkan untuk berkumpul bersama keluarga Muar untuk mengadakan bacaan tahlil setipa malam Jumaat

Tuesday, November 17, 2020

Kewujudan



Kewujudan Diri

Kehadiran bukan semata-mata untuk berada di sana secara fizikal - tetapi tentang kehadiran anda selaras dengan tempat anda berada dan apa yang sedang berlaku. Ini berlaku untuk semua perkara. Bukan hanya di sekolah tetapi di setiap bahagian kehidupan kita. Betapa hadirnya kita dalam kehidupan kita dan dengan orang di sekeliling kita. Berikut adalah 3 perkara penting yang perlu anda hadapi.




1. Penglibatan Diri

"Penglibatan diri"? Apa maksudnya?

Penglibatan diri untuk melibatkan peranan aktif dalam membentuk diri anda setiap hari. Bagi sebilangan daripada kita, kita cenderung membiarkan hari-hari berlalu tanpa membuat perubahan ketara dalam bagaimana kita menjalani kehidupan kita. Kita makan, minum dan tidur, tanpa mempedulikan apa yang kita lakukan dalam hidup. Kita hanya mengikut arus.

Sebagai seorang insan dan hamba Allah saya mesti memastikan bahawa saya tahu apa yang diharapkan. Seberapa baik saya menyumbang kepada masyarakat? Bagaimana harus diri ini  memperbaiki diri berbanding dengan semalam? Apa kelebihan yang harus saya tawarkan kepada dunia? Dan soalan seperti ini mesti ditambah dengan usaha kecil setiap hari, seperti membaca buku, pergi ke kelas dan hanya melakukan sesuatu yang bermanfaat. Setelah bertahun-tahun berlalu, anda akan melihat kembali diri anda dan gembira kerana anda mula hadir dalam membentuk kehidupan anda sendiri.





2. Penglibatan Bersama Orang Tersayang

Adalah mudah bagi seseorang untuk berpuas hati dengan orang yang mereka lihat setiap hari, sama ada ibu bapa, adik beradik, pasangan anda, rakan sekerja atau rakan anda. Walaupun jiran anda. Kadang-kadang, kita bahkan mengabaikan hak mereka terhadap kita - perlakuan baik kita.

Dalam Islam, kita diajar untuk bersikap baik dan belas kasihan kepada orang, bahkan kepada orang asing. Tetapi berkaitan dengan orang yang kita sayangi, kita diajar untuk memperlakukan mereka dengan cara yang terbaik. Nabi kita mengingatkan kita bahawa yang terbaik dari kita adalah mereka yang memperlakukan keluarga mereka dengan sebaik-baiknya, dan bahawa Nabi kita adalah teladan terbaik untuk diikuti. Mengingat tingkah lakunya, kita melihat bahawa selalu ada bersama orang di sekelilingnya.

Nabi menunjukkan bagaimana dia hadir bersama orang dengan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada setiap orang. Disebutkan bahawa ketika seseorang berbicara dengannya, dia akan menghadap mereka sepenuhnya dan mendengar dengan penuh perhatian. Ketika didekati, dia akan menyambut mereka dengan senyuman dan bahkan akan bergurau kadang-kadang untuk menjalin hubungan baik dengan rakannya. Dia mengakui penderitaan orang lain dan menenangkan mereka yang telah mengalami kesusahan, baik dengan peka terhadap perasaan mereka atau berdoa untuk orang-orang ini.

Begitu juga, kita juga harus lebih memperhatikan orang-orang di sekitar kita. Tanyakan kepada mereka bagaimana keadaan mereka, puji mereka dan pekerjaan mereka, berada di sana untuk kejayaan orang-orang dan juga semasa mereka mencuba. Sekiranya anda ingin hadir bersama keluarga tersayang, berjumpa dengan Nabi dan anda akan melihat caranya.



3. Allah sentiasa ada
Sebagai umat Islam, kita perlu mengembangkan perasaan Ihsan. Ini bermaksud bahawa kita selalu menyedari adanya Allah walaupun tidak dapat melihat atau merasakan Dia, kerana sesungguhnya, Allah sentiasa hadir dalam hidup kita.
Dengan demikian, kita selalu prihatin dengan melakukan perkara-perkara yang menggembirakan-Nya, dan bahawa dalam semua yang kita lakukan, kita mencari berkat-Nya. Ini boleh digunakan di mana sahaja. Semasa kita pergi bekerja, kita mengingatkan diri kita bahawa Dia adalah Pemelihara dan kita meminta Dia untuk memberkati kita selalu. Ketika kita berada di tengah-tengah masa-masa yang penuh cubaan, kita tahu bahawa Dia-lah yang mempunyai jawapan, jadi kita berlindung kepada-Nya dan meminta ketentuan kepada-Nya. Ketika kita bahagia, kita juga sedar bahawa Dia adalah Dia yang menyediakan untuk hamba-hamba-Nya, dan kita meminta agar Dia terus mengingatkan kita kepada-Nya.
Ini adalah 3 perkara penting yang harus selalu kita ingat. Bagaimana cara kita memperlakukan diri kita sendiri dengan diri kita sendiri, orang yang kita sayangi dan kepada Tuhan akan menunjukkan jalan untuk menjadi Muslim yang baik dan mewujudkan kebaikan yang Tuhan mahukan untuk kita semua. Semoga Allah menjadikan kita di antara hamba-hambaNya yang sentiasa hadir kepadaNya. Amin.

rujukan - ustaz mizi

Wednesday, November 11, 2020

Mengawal Amarah



Semoga minggu ini dipenuhi dengan berkat dan semoga Dia memberi anda ketenangan dan ketenangan di dalam hati anda dan moga ceria di hari Isnin ini, buat penduduk Selangor bertabahlah. Hari ini merupakan genap 4 tahun Allahyarham "my late" telah meninggalkan kami. Namun kaki harus melangkah walaupun terkadang tersungkur keseorangan namun teruskan melangkah.
Sejujurnya dalam diri kita pasti terdapat perasaan marah dan marah merupakan salah satu emosi manusia .Kita tidak pernah dapat lari dari perasaan seperti itu, dan kita tida dapat menolaknya sama sekali. Kita perlu tahu apa masalahnya, apa yang mencetuskan kita dan bagaimana kita mengatasi masalah serupa. Barulah kita dapat mengawal emosi kita sendiri dan dan minda berkembang dan bertindak sebagai seorang matang. Sekiranya tidak, kita mungkin akan menjadi seseorang yang mudah terpengaruh oleh perasaan orang lain, yang akhirnya boleh meletakkan anda di tempat yang gelap di masa akan datang. Berikut adalah beberapa perkara yang dapat anda lakukan ketika menghadapi masalah yang menyusahkan:

1. Melangkah ke belakang
Apabila anda menjadi sedeh (upset) atau marah, hampir semua orang akan mulai berkobar-kobar dan meneriakkan kata-kata paling kotor yang mereka tahu dalam perbendaharaan kata mereka. Orang lain cenderung melakukan sesuatu yang terburu-buru, seperti mengirim teks yang tidak baik kepada seseorang yang mereka sayangi atau membuang orang tertentu - pada dasarnya sesuatu yang bodoh yang mungkin mereka sesali kerana kesan dari kata-kata anda itu akan terpahat di ingatan. Untuk selamat demi kepentingan orang lain dan diri sendiri, hentikan diri anda daripada mengatakan apa-apa yang tidak baik dan beri ruang kepada diri sendiri. Bawa diri berjalan-jalan, menjamu selera, pergi ke suatu tempat untuk menyejukkan badan dan mengumpulkan pemikiran anda. Kerana kata-kata kesat yang dilemparkan itu sakit menghiris umpama sebilah pedang yang menghiris.Sampaikan ini kepada orang yang anda marah kerana anda memerlukan ruang dan masa untuk berfikir, dan pastikan ketenangan anda tidak terganggu. Perkara terakhir yang ingin kita lakukan adalah menyakiti orang-orang di sekitar kita dengan marah, sama ada melalui kata-kata atau tindakan kita.

2. Kenal pasti masalah
Ini berguna untuk mengetahui apa yang mencetuskan anda sehingga anda mungkin dapat menghindarinya pada masa akan datang. Adakah rakan anda berbicara tidak beradab atau tidak sensitif? Berikan sedikit teguran kepada mereka dan atasi masalah yang dihadapi dengan mereka secepat yang mungkin. Sekiranya ia membantu, dapatkan rakan lain untuk berada di sana untuk menjadi orang tengah. Secara keseluruhan, anda harus dapat menentukan masalahnya dan kemudian berusaha untuk mengatasinya. Sebilangan orang gagal menangani masalah dalam kehidupan mereka ini dan kekal menyimpan dendam dan dengan demikian mengabadikan perasaan negatif ini ketika ia berlaku lagi. Kenal pasti masalah dan cuba atasinya.

3. Jatuhkan ego anda
Petua ini mungkin terdengar mudah tetapi menerapkannya dalam setiap kehidupan kita adalah kisah lain. Teori segalanya selalu jauh lebih sederhana daripada ketika kita harus melakukannya secara praktikal. Sebenarnya, ini akan menunjukkan bagaimana kita dapat menyesuaikan tip dan nilai ini dengan baik dalam situasi kita sendiri. Pada penghujung hari, kita harus selalu ingat bahawa semua orang belajar, sama seperti anda. Anda juga pernah menjadi pemula, tetapi dengan persekitaran yang tepat dan sokongan yang mencukupi, anda berkembang. Sudah tiba masanya kita memberi peluang kepada orang lain juga.
Satu perkara lain yang sukar kita akui ialah kita bersikap egoistik. Dalam beberapa keadaan, kita tidak dapat menafikan bahawa walaupun pihak lain salah, mungkin ada cara yang lebih baik untuk menangani sesuatu. Tidak perlu menjerit kepada pekerja anda di hadapan seluruh pasukan kerana dia membuat kesalahan dalam laporannya. Kita tidak perlu memalukan pasangan kita di hadapan rakan kita kerana tidak "memenuhi standard kita". Kita tidak perlu memanggil adik-beradik kita sebagai orang bodoh atau sebagai orang gila hanya kerana satu pertengkaran. Kuncinya adalah juga mengambil kesempatan ini untuk merenung diri kita sendiri. Sama seperti kita melihat kekurangan orang lain, kita juga mempunyai banyak hal yang kita kekurangan, jadi kita berusaha untuk memupuk dan merawat diri dan pemahaman.

(Tetapi secara jujur, jika mereka menganggu berkali-kali, adalah sangat penting untuk kita memberi mereka maklum balas, bahkan mungkin sedikit memarahi. Siapa tahu? Mungkin mereka lebih baik dengan cara itu).
Tidak ketinggalan MisDss sertakan menu buat minggu ini APAM PISANG. Berikut adalah menu seterusnya yang digemari oleh orang-orang yang tersayang terutama sikenit Aysh Ayshah.




Berikut adalah menu setrusnya yang digemari oleh yang tersayang.

Bahan A (kisar) 3 biji telur 3/4 cawan gula perang 1 cawan minyak Esen vanilla Bahan B (ayak) 2 cawan tepung gandum 1 sk baking powder 1 sk soda bicarbonate Bahan C 1 cawan pisang di lecek 👉campur semua Bahan A dan kisar halus 👉kemudian campur ke dalam B..bila dah bercampur rata masukkan bahan C 👉Kacau sebati dan rehatkan adunan selama 20 minit 👉sediakan acuan dan sapu sedikit minyak 👉tuang adunan tadi (jangan kacau cedok dengan sudu je) 👉kukus api sederhana besar selama 15 minit



rujukan :- Ustaz Mizi & umikitchen




Saturday, November 7, 2020

Terapi "Grounding Method"

 


MisDss nak mengajak semua agar mengamalkan gaya hidup sihat. "Grounding" ialah teknik memijak tanah tanpa sebarang alas (stokin/ kasut) dan cuma berkaki ayam. Tapak/ tanah yang dipijak boleh jadi seperti kayu, batu, pasir, rumput, tanah liat. Kenapa perlu grounding?


Grounding sebagai amalan untuk kesihatan fizikal, mental & emosi. Jasad manusia terdiri daripada unsur tanah. Sesekali kita kembali berpijak di bumi yang nyata. Zaman sekarang, kita kurang berpijak langsung ke tanah. Keluar rumah ketika matahari belum terbit, pulang ke rumah juga matahari sudah terbenam. Tubuh kita kurang terdedah kepada alam semulajadi.

Jika kita kurang "grounded" (berpijak di bumi yang nyata), kita akan jadi kurang waras, banyak mengelamun, kerja/ matlamat hidup kurang jelas, target ke laut dan cenderung buat perkara bukan-bukan kerana fikiran tidak selaras dengan jasad. Banyak manafaat grounding ni. Kalau ada rasa "biol", "weng" sikit-sikit tu, rasa terawang, lost, cuba aktiviti back to nature ni.



*TERAPI “Grounding Method”*

Penyembuhan diri dengan cara menghayati atau menghubungkan diri dengan bumi dan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Teknik telah diperkenalkan sejak zaman dahulu lagi.  Bumi merupakan medan tenaga elektromagnetik yang koheren dapat menyeimbangkan mengekalkan keadaan yang harmoni  setiap elemen yang berhubung dengannya. 



*BAGAIMANA IA BANTU URUS STRES?*Medan bumi mempunyai gelombang elektromagnetik dengan julat rendah iaitu 7.8 Hz yang dikenali sebagai "Schumann Resonance". 

Tubuh badan manusia dalam keadaan tenang dan tenteram mempunyai getaran gelombang yang sama dengan getaran bumi pada frekuensi 7.8 Hz. 

Individu dalam keadaan stres berkecenderungan mempunyai tahap gelombang Beta iaitu pada 12-25 Hz. Oleh itu dicadangkan individu tersebut pergi bersantai dengan alam semula jadi dalam masa 15 hingga 30 minit. 

Dengan cara itu gelombang pada tubuhnya dan tenaga cas elektromagnetiknya dapat dineutralkan dan diseimbangkan semula dengan cara semulajadi.  Planet bumi dengan sistem biologi semulajadi telah membantu manusia dalam meningkatkan kesejahteraan mental, emosi dan fizikal. Ia juga membantu meningkatkan daya hidup, tahap kesihatan, kesejahteraan dan jangka hayat yang berpanjangan.    

*TEKNIK “Grounding Method”*Antaranya ialah berjalan tanpa kasut (berkaki ayam) di atas tanah atau pasir, membaca buku atau berbaring di atas tanah atau di bawah pokok, bersiar-siar di taman, berkelah di tepi pantai atau air terjun atau sungai atau tasek, bermain di padang permainan, memeluk pokok, mandi,  merendam diri dalam air, meredah hutan, mendaki bukit, merendam kaki dalam air garam dan sebagainya.

Ringkasnya: Gelombang bumi dan alam semulajadi adalah gelombang teraputik yang membantu penyembuhan stres dan memberi kesembuhan, ketenangan dan rileksasi kepada minda, tubuh dan emosi.




Resepi petanh ni MisDss kongsi resepi yang mudah dan sangat terkenal dimasyarakat melayu. Cucur pisang. Ada yang panggil jemput pisang. Meh cuba ya


Ramai yang pm tepi yang tanya camne nak buat cucuq gebu sampai ke petang...Hari ni misDss nak share camne nak bagi kilat molek gitew....berikut adalah ramuannya.

Mudah je cuma kekadang tu ada juga tak menjadi. Mungkin tips berikut dapat membantu. Selamat mencuba semua


Tips:-

a) jgn terlebih pisang ia akan menyerap minyak dan susah nak garing2.


b)minyak perlu betul2 panas dan bila telah diadun dlm kuali baru perlahankan agar x hangit


c) kalau terlebih gula akan membuatkan cucur tu akan melekat dan mudah hangit.


d)nak bagi dia montel gebu letakkan sedikit soda bicarbonat. 


#SEKILO pisang Lemak manis

#3/4 camca teh soda bicarbonat

#1 camca besar GULA MELAKA ASLI

#I  camca besar gula PERANG

#2 cawan tepung gandum cap bunga ros atau faizah( lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung )

1/4 camca teh garam halus

#Minyak untuk menggoreng


Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, soda bicarbonat  hingga hancur. Biar lama sedikit dan biarkan 5min


Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.


Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, MisDss buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang dlm kuali sedang.Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.


Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.


Selamat mencuba ..semoga bermanafaat dan memjadikan anda stay positif and remain calm. Luv uol😎


 



Monday, November 2, 2020

Nasi Ambeng Muo Warisan Bonda





empunya diri ni kata sedap sangat..

Checkers cari barang2

Hari ni Miss Dss nak share satu menu yang dipelajari dari bonda Muar (mak muo). Terima kasih mak.Masa mula-mula merasai nasi ambeng ni pada tahun 1995, memang rasa amat pelik betul. Adakah patut nasi makan dengan mee Goreng. Macam tak boleh nak brain. Tetapi sekarang ini adalah makanan yang amat disukai lagi-lagi laa sambal goreng memang sedap beb. Lengkap segalanya ada. Tapi agak renyah sedikit cara-cara nak menyediakan menu tersebut.

Hari ni terasa sangat nak menyediakan nasi ambeng pada masa PKBP ni hari Ahad bersama dengan anak-anak. Adam menyediakan part sayur yang tak cukup lari sekejap cari  manakala  Kakak Anis, sediakan Ayam dan serunding dari sahabat beliau hanya perlu ditambah baik. Alif sediakan sayur-sayur yang perlu potong halus-halus untuk digoreng dan Amaar mencari daun pisang. Suasana agak riuh didapur tapi amat meninggalkan kesan dalam jiwa anak-anak. Bahagian yang last part tu adalah membungkus nasi tersebut. 


AYAM KICAP BEREMPAH :

Ayam gaul garam dengan rempah,goreng separuh masak dan ketepikan.

Bawang merah,putih,halia lengkuas tumbuk lumat.tumis kayu manis,bunga lawang,cengkih dgn serai diketuk dan bhan2 tumbuk.


tumis sampai naik bau dan seterusnya masukkan  sos cili,sos tiram dan sedikit air.Masukan ayam dan asam keping sekping dan seterusnya letakkan kicap.Tambahkan sikit air dan tutup dengan tudung  periuk sehingga Ayam tersebut benar-benar masak.


SERUNDING KELAPA:

  1. Kelapa
  2. Ketumbar
  3. Jintan manis
  4. Serai
  5. Kunyit hidup
  6. Cili kering
  7. Udang kering
  8. Bawang putih
  9. Bawang merah
  10. Halia
  11. Lengkuas
  12. Garam & Gula

Cara masak:

Blend semua bahan, masak bahan blend tadi sekejap dekat atas kuali sampai cili masak, then masuk kelapa. Letak garam and gula. Masak sampai kering. Rasa lah sedap ke tak hahaha. Kalau nak buat serunding yang colour kuning tu, gantikan cili kering dengan cili padi/cili api

MEE GORENG

Mee kuning dbasuh dan ditoskan

Bawang merah putih cili kering  blend hancur dan udang basah.Tumis sampai pecah minyak masukan  kicap dah  naik bau masukan mee seterusnya masukkan daun kucai saya tak suka letak togeh sebab mudah basi  nanti.


SAMBAL GORENG JAWA/SAYUR GORENG:

Kacang pnjg,carrot,cili merah,bwg merah bwg putih-hiris halus

Suhun,tauhu kering rendam smpai lembut-tos

Tauhu,tempe-potong dadu,goreng dan ltk tepi

Tumis bwg merah putih masukan kacang panjang dan carrot.Letakkan air sikit bagi sedikit empuk dan masukkan semua sayur lain goreng sampai masak ditambahkan garam .

IKAN KERING BULU AYAM - goreng garing 




Tuesday, October 27, 2020

Bagaimana sikap judgmental dan suka menilai orang akan merosakkan kehidupan?



 Pesanan buad dirimu wahai MisDss. Jauhi dari sifat prasangka. Salah satu perkara yang terbaik yang boleh kita buat untuk menjadikan hidup lebih gembira;adalah dengan belajar untuk mengelakkan diri kita dari menilai orang lain. 

Kita semua mudah untuk menilai orang lain.Saya juga tidak terkecuali. Dan walaupun sifat menilai atau judgemental ini sifat semulajadi manusia, saya tidak merasakan ia adalah suatu sifat yang boleh memberi kebaikan kepada kita. Apa akibatnya jika kita mudah untuk menilai orang lain?

Apakah keburukan yang terselindung disebaliknya?

Ini adalah beberapa akibat yang akan berlaku:

  1. Kita akan langsung tidak mempedulikan apa yang seseorang itu sedang lalui
  2. Kita tidak akan faham situasi yang sedang berlaku.
  3. Pandangan yang tidak betul terhadap orang lain.
  4. Kita akan rasa lebih hebat dan baik daripada orang lain
  5. Kita akan tidak bersyukur
  6. Menutup pintu silaturrahim. Kita sukar untuk cuba mengenali seseorang itu dengan lebih mendalami.

Disamping juga bahaya-bahaya yang lain yang sentiasa menambahkan jurang dalam perhubungan.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”

[al Hujurat, 49:12]

Bagaimana melepas sifat ‘menilai’ & Judgmental ini

"Be courious NOT judgmental"

Pertama sekali kita harus sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan.Jika kita berasa marah, sakit hati atau menyampah terhadap seseorang, pastinya kita akan mengata terhadapnya, bergosip dan mengumpat terhadapnya.


Ini adalah petanda anda adalah seorang yang suka menilai atau judgemental. Sila cam kan apa yang sedang berlaku.

Apabila anda sudah menyedari perkara ini, berhenti dan bertenang.

Tidak perlu untuk menyalahkan diri sendiri, tetapi persoalkan mengapa kita bersikap sedemikian:

Mengapa kita perlu menilai seseorang?

Apakah pandangan yang dibuat oleh kita terhadapnya betul dan munasabah?

Boleh kita teka apa yang sebenarnya seseorang itu sedang lalui sebenarnya?

Kelebihan apa yang ada pada dia yang boleh kita hargai?

Cuba keluar dari memikirkan dalam sudut pandangan kita dan cuba letakkan diri kita berada ditempatnya

Cuba bayangkan bagaimana jika kita sedang berada ditempatnya, melalui situasi yang sama denganya?

Bila kita selesai dengan persoalan ini, tanyakan kepada diri kita:


 Bagaimana untuk kita boleh menolongnya?

Apa yang dia perlukan sebenarnya?

Sangka buruk yang harus?

Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar’.

Ini dalam bab lain, anda boleh membaca artikel yang menarik ni secara lengkap di Blog Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman


Pemantapan Keyakinan, akidah lahir kesempurnaan Iman


Nama pena saya sekarang perlu ditukar dan adalah lebih sesuai iaitu MisDss. Agak lama juga saya meninggalkan dunia penulisan memandangkan saya sibuk menguruskan anak-anak. Serinking kali kita terdengar ramai melontarkan kata-kata nasihat "Yakinlah pada Allah,  tingkat keyakinan pada  Allah". Mudahnya melemparkan kata-kata itu namun sesungguhnya kita sudahkah mengenal erti YAKIN kepadanya sedalam-dalamnya.

Ulama tasawuf membahagikan yakin kepada tiga peringkat, iaitu ilmu yakin, ainul yakin dan haqqul yakin.Ilmu yakin dipetik dari firman Allah SWT: "Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin (ilmu yakin)." (Al-Takathur: 5)

Ia berlaku apabila yakin baru bertapak di kotak fikiran. Contohnya, seseorang masuk ke hutan, sudah tentu terfikir ada binatang liar seperti harimau dan ular. Begitulah hal seseorang beribadat dan beriman hanya dengan menggunakan kaedah akal fikiran dan ilmu zahir sahaja. Penetapan akan adanya Allah SWT hanya dilakukan dengan perbahasan ilmu yang belum bertapak kukuh dalam hati.

Ainul Yakin pula difahami melalui firman Allah SWT: "Selepas itu - demi sesungguhnya - Kamu (wahai orang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yakin (ainul yakin) (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)." (al-Takathur: 7)

Penglihatannya lebih jelas daripada ilmu yakin. Contohnya, seseorang masuk ke hutan menemui bekas tapak kaki harimau, sudah tentu secara rasionalnya ada harimau melalui kawasan itu, sekali gus membuatkan hatinya takut. Sama hal seseorang beribadat dengan hati yakin dan nampak kebesaran Allah SWT dengan mata hati. Ibadat orang sebegini amat kemas dan adab serta akhlaknya halus, manakala tauhid kukuh di lubuk hatinya. Hatinya tidak mudah goyah dan sentiasa memohon perlindungan Tuhan.

Haqqul yakin difahami firman Allah SWT: "Dan sesungguhnya al-Quran itu adalah kebenaran diyakini (haqqul yakin/ dengan seyakin-yakinnya)." (Al-Haqqah: 51).

Seperti hal bekas tapak kaki harimau dilihatnya tadi secara ainul yakin, kini haiwan itu dilihat berada di hadapannya dengan penglihatan mata kasarnya. Sudah pastinya, ia akan menambahkan ketakutan individu berkenaan. Begitulah keadaannya Muslim beribadat dan beriman kepada Allah SWT, melihat dengan mata hatinya akan kebesaran Allah SWT.

Keadaan inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW apabila Baginda ditanya mengenai hakikat ihsan, iaitu 'kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya; jika kamu tidak melihat-Nya sekalipun, maka ingatlah sesungguhnya Allah melihat kamu.'

Dalam tahap ini, barulah Muslim dapat mencapai haqqul yakin, iaitu berasakan kehadiran Allah SWT dalam amalan, perilaku dan tindakannya setiap detik. Dia juga akan merasai kemanisan iman tiada tolok bandingnya dan menikmati kebahagiaan abadi dunia dan akhirat.

Oleh itu, setiap Muslim wajib memantapkan keyakinannya kepada Allah SWT yang menjadi jalan menuju kesempurnaan iman hakiki. Sheikh Ahmad Ibnu Ashim al-Antaki pernah berkata: "Sesungguhnya paling sedikit yakin apabila sudah sampai ke lubuk hati, maka hatinya akan penuh dengan cahaya, keraguan akan hilang, jiwanya penuh dengan rasa kesyukuran dan rasa takut kepada Allah akan bertambah."

Penulis adalah Profesor Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Sunday, May 19, 2019

sikap sukar di lentur, tetapi boleh diubah



Untuk mengubah akal, hati dan nafsu, seseorang mesti melalui tiga proses secara tertib dan berkesinambungan supaya akal ‘tahu’, hati ‘mahu’ dan diri ‘mampu’.

Rasulullah ﷺ   pernah mengakui bahawa jika dikatakan kepadanya Bukit Uhud telah berubah, Baginda mudah mempercayainya berbanding jika dikatakan seseorang itu berubah. Ya, Rasulullah ﷺ   – pemimpin yang telah berjaya merubah sikap manusia itu – pun mengakui sukarnya mengubah sikap manusia. Gunung boleh berubah, hati manusia tidak semudah itu. Gunung boleh diratakan dengan dinamit dan buldozer, tetapi hati manusia yang rakus dan angkuh begitu sukar sekali dilentur dan diubati. 

Saya kaitkan denga kuliah subuh tadi..
TANDA HATI YANG MATI
 Oleh Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman

Zaman moden yg canggih ni, usaha utk memantapkan taqwa, agak sukar, kerana ada byk agenda2 lain. Ia adalah satu cabaran, ujian.

Setiap umat ada taraf ujian masing2. Kepesatan pembangunan semua perkara, ekonomi, sosial, dll, menjadi cabaran buat kita, moga kita diberi bantuan oleh Allah utk terus istiqamah.

Firman Allah :

‏﴿٧٤﴾ ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِىَ كَٱلْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ ٱلْأَنْهٰرُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ ٱلْمَآءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ ٱللَّهِ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

❬74❭Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.

(Al Baqarah 2:74)

Allah mengungkapkan ayat ini setelah menceritakan tentang perangai org2 bani Israel yg mempersoalkan tentang arahan Allah sedangkan mereka nak Allah bg solution, mereka minta pd nabi musa mcm2, minta utk tentukan siapa antara pihak bertelagah yg telah menyebabkan kematian saudaranya.

Maka salah satu cara yg Allah bg, jika kita tgk xda kaitan langsung, nak bangunkan si mati. Allah suruh sembelih lembu. Otak bani Israel “jem” bila dpt arahan itu. 

Mcmtulah juga kita bila Allah bg solution pd masalah2, ada yg jd jem otaknya, walhal itulah penyelesaian.

Kita suka bertelagah, sampai satu saat xboleh nak diselesaikan sesuatu masalah itu.

Contoh: adik beradik bergaduh sbb sesuatu masalah. Yg di focus adalah pd masalah. Itulah punca perbalahan. Patutnya cari cara utk selesaikan, utk elak perbalahan.

Berbalik pd kisah bani israel td, mereka tanya mcm2 pasal lembu. Nak tanya terlalu detail pasal lembu, tanya lembu warna apa, dll.

Akhirnya setelah sembelih lembu, ambil ekor dan pukul pd si mati, itu saja arahannya. Dengan pukulan td, si mati pun bangun utk bgtau siapa pembunuhnya. Begitulah mcmana Allah menghidupkan si mati.

Setelah ditunjukkan mukjizat, mereka lihat, rasa, supaya mereka berakal, utk memahami tuhan, konsep utk ibadat dan mentauhidkan Allah. Tp sebaliknya berlaku, hati mereka keras!

Setelah nampak kebenaran, tahu kebenaran, tp hati mereka keras xmahu terima kebenaran.

Apa maksud قَسْوَةً ? Hati yg keras, mati.

Bila hati / jantung keras, xberfungsi, maka matilah kita. Jasad akan mati.Sunyinya hati dari ayat2 Allah - inilah seksaan terhebat bagi manusia atas muka bumi.

Hati yg mati ibarat batu yg tiada manfaat.
Kerana itu nabi sebut, bila seseorang buat dosa, hilang imannya. 

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah beriman seorang penzina itu ketika berzina. Tidaklah beriman seorang pencuri itu ketika mencuri. Tidaklah beriman seorang yang meneguk arak itu ketika meneguknya. Dan tidaklah beriman orang yang merampas harta yang tinggi nilainya itu ketika merampasnya”

Penyakit hati mati boleh terkena pd siapa2 saja, hatta pd seseorang yg memiliki kehebatan sekalipun.

Hati yg mati disebabkan oleh 10 perkara :

1- Kamu kenal Allah tp tidak tunaikan hak Allah. 
2- Kamu baca kitab Allah tp kamu xbuat.
3- Kamu mendakwa cinta nabi tapi tinggalkan sunnahnya.
4- Kamu kata memusuhi syaitan, tp kamu ikut syaitan.
5- Kamu kata kamu suka syurga, tapi tidak beramal utk mendapatkannya.
6- kamu kata kamu benci neraka tp kamu menggadaikan diri utk masuk neraka
7- Kamu kata maut itu benar tp kamu tidak bersedia utk mati.
8- Kamu sibuk dgn keaiban org lain tp kamu lupa aib sendiri.
9- Kamu mkn nikmat Allah tp kamu tidak bersyukur.
10- Kamu kuburkan org mati tapi tidak ambil pengajaran daripada kematian.

Jadi kalau xnak hati kita mati, maka kena reverse 10 perkara diatas. Baiki satu2. Kita repair, buat bypass pd jantung yg dah nak mati.

Semoga hati yg dah nak mati itu sempat utk diselamatkan.
Wallahu a’lam
Rujukkan..saudara Zulfa & ustaz Pahrol





Sunday, May 12, 2019

Kita Tidak Sempurna


Ramadan Bulan al Quran....

Berpegang teguhlah dgn tali iman dan taqwa, kerana ia adalah jambatan kehidupan.. Jauhi sifat suka merendahkan insan lain, memperdaya insan lain,  menggunakan insan lain dan benci membenci sesama muslim.. kita juga tidak sempurna walaupun melihat org lain kurang sempurna. Asas agama ialah hubungan kerana Allah swt.

Hidup ini penuh ujian yg menakutkan. Syaitan adalah diantara makhluk yg akan menguji manusia dgn segala kejahatan dan kedurjanaannya, ia boleh membunuh iman  dan akhlak umat Muhammad saw. 

Hari ke 6 Ramadhan..sepanjang minggu banyak penceritaan.  Latihan anakanda Amir di Gambang  diteruskan sepanjang Ramadhan. Sepanjang masa anak ini akan  memohon ibu untuk mendoakan beliau di sana. Insyaallah

Yang mengembirakan pagi Ahad mendapat ucapan dari beliau..cair hati ibu. Jazakallah hu khair wahai anakanda. Kalian juga merupakaan no 1 dlm hidup ibu. Amir teruskan perjuangan kerana 

                                              

Thursday, May 9, 2019

Ramadhan 2019

 2019 merupakan tahun ketiga kami melalui bulan Ramadan tanpa insan kesayangan kami.  Masih segar di ingatan kami segala tindakan beliau.  Kesukaan beliau adalah duduk membaca Quran sebelum berbuka. 


Perasaan rindu terhadap Allahyarham makin menebal bila tiba bulan Ramadhan.  Saya ajukan soalan pada seorang  ustaz , bagaimana cara terbaik untuk kita mengatasi perasaan ini.  Menurut ustaz
 "Cara yang terbaik ialah sedekah dia sedekah jariyah dan hanya Allah yang tahu betapa bahagianya suami di sana. Sentiasa kirim kan doa ampunan dan kasih sayang Allah dicucurkan kepadanya, semua yang saya sebutkan tiada amalan yang dapat menandinginya hanya mungkin menyamainya."
Saya kongsikan perkara ini dengan anak-wnak dan mengajak mereka bersama melaksanakan amalan baik kerana Allahyarham merasa bahagia bila amalan2  dan doa dari anak-anak nya  sampai kepadanya.  Bukan satu kerja  mudah untuk melaksanakan dengan segala tarikan dunia yang akan membuat mereka leka namun itulah tugas seorang ibu tunggal ini.  Perlu kuat untuk menjadi simbol ikutan anak-anak.  Perlu kekuatan mental dan fizikal yang kental. 




Pesanan buat anakanda Amir, bulan Ramadhan tingkat amalanmu. Jangan lupa panjatkan doa buat allahyarham. Senantiasa segarkan ingatan bahawa  segala didikan beliau inilah dirimu berjaya melangkahkan kakimu ke AMD. 



Monday, May 6, 2019

Nakhoda


sebagai seorang wanita yang ditinggalkan memerlukan keimanan yang sangat tinggi. Bukan kerja mudah untuk mengurus anak-anak remaja seorang diri tanpa nakhoda.


Semalam (Ahad 5 Mei 2019) rasa penasaran kami terubat kerana Disney memberikan kesempatan pada kami untuk menikmati filem tersebut dengan jalan penceritaan yg sgt terkesan.


Dapat saya kaitkan penceritaan ini dalam diri saya bagaimana harus menguruskan misi saya bersama anak2 yang sedang membesar yang penuh cabaran. Bagi saya anak2  adalah rakan seperti mana watak-watak dalam  Avangers dan saya selaku nakhoda iaitu Captain Amerika perlu bijak dalam menguruskan pasukan dalam memastikan misi Avangers ini berjaya




Pengorbanan yang tinggi sehingga mengabaikan kepentingan diri dan hanya  memikirkan kepentingan misi Avangers yang merupakan misi utama dalam hidup saya. Menggalas amanah membesarkan my Avangers. Segala keinginan dan nafsu serakah cuba dibuang jauh demi misi membesarkan Avangers saya.


Setiap karakter yang dijayakan saling melengkapi dan menyokong  karakter lainnya. Bahkan  terdapat  beberapa karakter yang sengaja diceritakan dengan lebih mendalam lagi, untuk mendapatkan gambaran mengapa mereka mengambil sebuah keputusan yang sulit. Begitu juga saya, setiap karaktor anak itu berbeza dan cara untuk menanganinya  juga berbeza.

Sebagai ketua, seharusnya bijak dalam menangani segala konflik yang melibatkan perasaan dan juga sekira terdapat ahli yang tersasar dari panduan yang diberi, ketua harus bijak membawa mereka kembali bersatu bersama menggerakkan misi bersama. Memang satu pengalaman yang indah bersama anak2 menyaksikan filem tersebut dan cuba mengaitkan jalan penceritaan tersebut persis jalan penceritaan mom of 6 ini. Ok chow

Tahniah Amir..teruskan usaha, panjang lagi perjalananmu.