Bahan-bahan
400 gm ayam diperap bersama kunyit dan garamdan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu
2-3 biji cili api [diketuk dibuang biji ]
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon (atau jus oren)
sedikit daun ketumbar (dihiris0
1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara
Kisar bahan2 bertanda *.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan ayam, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

/dss
2 comments:
Salam...wahhhhhh...Honey Lemon Chic....memang betul betul memikat selera....Nampak niceee sangat, mesti cuba gak ni satu hari nanti....simpan dalam list dulu
memang sempoi.. akak makan dua kali malam tadi .. aduh habis laa diet akak ni hu hu
Post a Comment