Alhamdullilah, suatu Kursus Mengurus Janazah Menurut Panduan Qur’an dan Sunnah selesai diadakan di Surau Mawaddah pada 2hb. Mei 2010 bermula Jam 9.30 pagi dan selesai jam 1.00 tengahari yang dihadiri hampir 30 orang. Kursus itu dikendalikan oleh Ybhg Ustazah Hafizah dari Seksyen 8. Peserta Kursus telah dibekalkan dengan handshout/file dan didalam risalah tersebut menerangkan hal2 pengurusan tersebut disertakan keterangan dari Al-Qur’an dan Sunnah Rasul SAW.
Apa yang ku terkilan adalah pengurusan setelah matinya pesakit kerana perkara ini ku tidak lakukan terhadap arwah abah setelah abah menghembuskan nafas terakhir. Adalah seeloknya saudara yang terdekat sapukan minyak di seluruh badannya agar masa dimandikan akan dapat memudahkan proses memandikan mayat . Dan perkara yang penting adalah setiap kali melihat jenazah lihat laa dengan penuh kasih saya dan doakan agar Allah maafkan si mati.
3 comments:
Salam kak, bagus kan kalau kat tempat2 perumahan buat mcm ni, kita cuma pergi sekali jer dulu2 masa kursus penhayatan islam dekat sekolah agama, cara menguruskan jenazah, yg best sekali sembelih ayam :D rumit juga ya walau nmpk senang..
salam
bagusnya jika dapat mengikuti kursus2 macam ni..akak sempat memandikan jenazah bonda tercinta tapi tanpa ilmu ikut je ape org suruh ..sedeh..
Salam Ija & Datin.. saya bersyukur kerana disampingi jiran2 yang senantiasa ingat-mengingati
Post a Comment