Buat kali pertama dalam sejarah hidupku bawa si kecik pi kuliah subuh. Alhamdulillah beliau tak banyak ragam.Sungguh bagus sekali tingkah lakunya.
Ustaz kamaruddin mengulas Istiqamah pada istilah bahasa ialah tetap atau berperaturan. Istiqamah dalam beramal boleh membantu kita dalam mengawal dan membentengi iman dari gangguan musuh iaitu syaitan dan hawa nafsu. Amalan secara istiqamah juga dapat membuahkan iman dan akhlak yang mulia. Rata-rata manusia berilmu namun yang melakukan ibadah secara istiqamah amat kurang sekali. Sebagai Contoh solat Sunat Dhuha. Berapa yang mengetahui dan berapa ramai yang menunaikannya?
Kemantapan iman bagi mereka yang beristiqamah di dalam amalannya akan bertapak di hati. Bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w : Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal (berterusan) walaupun sedikit.
Istiqamah insyaAllah dapat memberi kesan yang positif kepada iman dan hati biarpun hati itu mungkin sekeras batu.Perasaan jemu akan menghantui diri kita apabila kita beramal bukan atas dasar istiqamah. Untuk mengelakkan perasaan demikian, maka kita hendaklah melakukan setiap amalan atas dasar/niat kerana kehambaan kepada Allah dan untuk menggapai redhaNya semata-mata. Perlu dingatkan segala yang wajib kita tunaikan adalah kerana taat perintah Allah manakala melaksanakan yang sunat itu tandanya kita bersyukur kehadrat ilahi.
Mudah-mudahan dengan istiqamah itu dapat meningkatkan darjat kita di sisi Allah di akhirat kelak. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment