Malam ni memang dinanti2 kan oleh my wakaka crew (Adam, Alif & Amir) semuanya peminat Showdown 2010. Lama dah tak masak asam pedas so cuba resepi ni. Setelah selesai kami pun duduk depan TV at 9.30 and memang best. Tak sangka HMC phlow buat yang terbaik
Sumber Resipi : Ilham Dapur,
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap [kutukar dengan ikan jenahak] - cuci bersih dan potong 3 (boleh ganti dengan ikan jenis lain jugak)
3 ulas bawang merah *
1 inci kunyit hidup *
1/2 inci lengkus muda *
4 biji cili padi merah *
1-2 sudu besar cili kering mesin (rebus cili kering dan blandkan)
1 kuntum bunga kantan
10 tangkai daun kesum - [tak ada saya gantikan dengan belimbing]
1-2 keping asam keping[tak letak belimbing dah masam]
3 cawan air
sedikit gula, garam dan aji - [tak letak ]
Cara-cara
1. Tumbuk atau kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
2. Dalam periuk masukkan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi beserta dengan asam keping, cili kering, bunga kantan dan daun kesum. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan. Perasakan sesedap rasa, biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah. Masak dengan api perlahan agak isi ikan masak sekata dan tidak hancur. Masak sekita 8-10 minit saja kerana isi ikan siakap lembut dan cepat masak.
6 comments:
sedapnya...
Salam. Memang best ikan ni memang sedap tapi susah nak dapat kat pasar klang
salam kak fuzid...
waduh... sana sini ada asam pedas. saya tak penah beli jenahak. nampak gebu jer ya. lapar.. :)
salam dayang..lamanya xsingah dpur dayang..dayang apa kbar..waa cdpnye..kita suke mskan mcm ni..
salam dayang..lamanya xsingah dpur dayang..dayang apa kbar..waa cdpnye..kita suke mskan mcm ni..
salam Inda- memang ikan lembut dan sedap
Salam Mazz -kita pun rindu kat awak juga
Post a Comment