Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, July 25, 2010

Kuliah Sepanjang Hari

Gambar Ihsan Dari Ray
Subuh kali ini ust, Muzairi dari Gombak telah menekankan nama yg diberi terhadap anak2. Panggillan itu adalah satu doa dan nama yang baik persis menjadi doa yang terbaik buat anak2 . Ustaz menyentuh sedikit tentang Ummu sallai isteri kepada Abdul talhah. Sifat mulia seorang isteri yang seharusnya menjadi contoh terhadap semua isteri2. Khatam la buku yang kami ikuti setelah hampir 1 1/2 pengajaran lamanya.

Setelah kuliah kami bergegas ke pasar meru dan pasar ada kuliah muslimah bersama ust Shahibuddin dan ust menerangkan bahawa jika ingin beriman perlulah berilmu. Setelah selesai AJK surau bermesyuarat untuk aktiviti kami di rumah yang memelukan di Jeram Dengkil. Perangkaan kami lawatan tersebut akan diadakan pada minggu depan 7 Julai 2010.
Seterusnya pergi ke rumah kenduri di rumah puan Maimon, majlis doa selamat untuk rumah baru dan seterusnya puan Rozie untuk menyambut cucu. Sebelah petangnya pada 3.00 pm kuliah dan yasinan di rumah kak Mahani. Lihatlaah gambar diatas betapa cerianya kami. Ya, allah sesungguhnya allah buka kan pintu rezeki kepada rumah yang senantiasa mengadakan aktiviti ilmu seperti ini dan bersama berinteraksi bersama jiran tetangga

Malam, kuliah maghrib bersama ust Idrus menerangkan bahawa dunia akhir zaman ini orang alim akan dipandang asing oleh manusia. Sebagai contohnya last week beliau pergi ke pasar malam dan beliau dan isteri begitu merasa asing kerana dilihat ketinggalan zaman dengan pakaian beliau yang mana dilihat rata2 anak muda sekarang berseluar pendek dan wanitanya tidak menutup aurat. Dan sudah pasti orang memilih jalan untuk berada asing itu akan selamat di jalan Allah

No comments: