Mujahadah
Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Monday, November 25, 2013
Kebun Durian Dalam Kenangan
Alhamdulillah, tahun ini kebun kami telah menjadi. Inilah masanya kami menikmati anugerah Allah dan bersyukur pada anak-anak berpengalaman untuk jelajah kebun. Kita sebagai ibu bapa digalakkan untuk melihat keindahan dan kejadian Allah melalui alam ini. Pabila mereka mendongak keatas, kelihatan buah-buahan yang dikurniakan. Subhanallah.
Amaar yang teruja sungguh dengan pokok-pokok dikebun, melihat kerja-kerja memotong rumput didepan mata, menyentuh pokok semalu. Anis, dan Amir merasa sendiri keenakkan buah yang baru jatuh dari pokok. Mak Pj kelihatan ceria kerana dapat menikmati suasana nyaman di kebun sambil menikmati buah durian yang perlbagai jenis.
Kelihatan bujang sangat teruja menjelajahi kawasan kebun sambil mengutip buah durian. Setelah puas makan, kami disambut oleh Mak Muo dengan hidangan mee Kari. Kelihatan kepuasan diwajah mak Pj dan betapa bahagianya melihat interaksi mereka berdua. Mengeratkan hubungan antara 2 keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment