"Ibu kenapa ibu yang terpilih?" pertanyaan dari bujang seorang ini. "Adam perlu ingat bahawa caturan Allah adalah yang terbaik buat kita walaupun terasa pahit untuk diterima ditika itu. Contohnya keadaan ibu, tidak diterima yang kita rasa persekitaran itu baik namun percayalah Allah nak aturkan kita ke tempat yang lebih baik dan lebih sesuai buat ibu. Faham tak maksud ibu?" Beliau tersenyum.
Bila diimbas kembali, tika kecilnya anak ini selalu terpinggir kerana kenakalanya sering membuat  diri memulaukan  dan beliau sering membawa diri dasn mengadu ada atuknya. Jika boleh diulang kembali ingin masa pasti akan ku perbaiki namun Allah minta kita mohon padanya dan berkat doa yang tak pernah putus, hubungan kami semakin intim bagaikan sahabat karib. Malamnya kami berdua, melayari UPU memilih Fakulti yang terbaik dan yang penting beliau minat. Usuludin itulah bidang yang dicari oleh sibujang namun keputusan SPM baru-baru ini tidak banyak membantu untuk beliau merebut peluang di UIA kerana pra syarat kemasukkan memerlukan bahasa Arab. Moga pilihan ini membawa beliau kepada golongan Ulul Albab kerana golongan ini dapat menemui hakikat kebenaran yang menyelamatkan kehidupan mereka di dunia dan akhirat
.
Ahli-ahli tafsir hampir keseluruhan bersepakat bahawa perkataan 
Ulul Albab yang digunakan oleh al-Quran ini merujuk kepada golongan yang
 memiliki akal dan kefahaman yang matang sehingga mampu membuat 
penilaian yang tepat Perkataan ‘ulul albab’ disebut dalam al-Quran sebanyak enam belas 
kali. .
Dengan kecanggihan informasi di hujung jari kita tidak lari dari menerima berita yang negatif  dan mudah  sahaja berkembang dalam masyarakat 
kita, padahal kebanyakan kita  sekarang mempunyai latar pendidikan yang 
bukan sebarangan. Barangkali pengajian kita lebih banyak menegaskan soal
 penghafalan fakta, dan kurang pula membentuk kemampuan menilai fakta 
secara matang dan berprinsip. Lalu ramai yang hanyut dalam ‘cakap 
orang’.
Al-Quran dalam mensifatkan golongan Ulul Albab menyatakan: (maksudnya) 100. Katakanlah
 (Wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun 
jumlah banyaknya yang buruk itu telah mengkagumkan engkau. Oleh itu 
bertaqwalah kepada Allah wahai Ulul Albab supaya kamu berjaya (Surah al-Maidah: 100)
 Oleh itu dalam  membentuk insan yang berkualiti kita memerlukan beberapa rukun utama.
Pertamanya; sukatan pengajaran atau pendidikan yang memenuhi hala tuju yang kita ingini.
Kedua: guru atau pembimbing, sama ibu bapa, pemimpin
 politik, atau guru formal yang diamanahkan. Mereka ini hendaklah 
menghayati secara amal dan faham terhadap hala tuju pembentukan insan 
berkualiti ini dan mampu membentuk rakyat atau para penuntut mereka.
Ketiga; suasana persekitaran yang memberansangkan 
agar segala ajaran yang baik dapat dihayati dengan sepenuhnya. Ini 
kerana persekitaran memainkan peranan penting mempengaruhi jiwa dan 
kelakuan manusia.
Ertinya dalam negara ini, jika modal insan berkualiti ini hendak 
dibentuk kita memerlukan kejelasan sukatan dan hala tuju masyarakat 
kita. Ke arah mana hendak kita bentuk sebenarnya?
Panduan ini cukup jelas buat kami melakar perjalanan anak-anak untuk mereka mendapat sandaran yang kuat seperti yang digariskan diatas moga lahirlah insan yang beretika yang berpandukan cara Islam dan punyai Ehsan dalam diri. Bertekad memperjuangkan pelajaran mereka walaupun perlu berdikit-dikit dalam berbelanja. Harapan kami untuk bertemu semua wajah-wajah tersayang di syurga Firdaus maka untuk mengejar syurga bukan satu  jalan mudah tetapi perlu mujahadah.
Rujukkan : Dr Maza 

No comments:
Post a Comment