Kelas Tajwid bersama Ustaz Aran hari ini diteruskan dengan surah Al Qalam dan seterusnya ustaz menerangkan Martabat dan cara mengambil bacaan Al-Quran.
Terdapat 4
tingkatan bacaan Al Quran yaitu bacaan dari segi cepat atau lambatnya membaca
Al qur'an :
At-Tartil :
Bacaannya perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya
secara tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna,
merenungkan maknanya, hukum dan pengajaran dari ayat. Tingkatan bacaan tartil
ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat
huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih
diutamakan. Terdapat 28 huruf dasar (asas/asli) di dalam Al-Quran dan 2 huruf
pengganti yang dikenal juga dengan nama huruf-huruf Hijaan atau Hijaiyah.
At-Tahqiq :
Bacaannya seperti tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan
bacaan huruf dari makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.
Tingkatan bacaan tahqiq ini biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca Al
Quran supaya dapat melatih lidah
menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.
Al-Hadar : Bacaan
yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan hadar
ini biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al Quran, supaya mereka dapat
mengulang bacaannya dalam waktu yang singkat.
At-Tadwir : Bacaan
yang pertengahan antara tingkatan bacaan tartil dan hadar, serta memelihara
hukum-hukum tajwid.
ustaz juga menerangkan tentang pengajian bersanad yang mana menceritakan pengalaman ustaz semasa beliau belajar quran bersanad semasa beliau belajar di Al Azhar. Pengalaman ustaz belajar dengan ramai syeik-syeik di sana termasuk seorang Syeik yang buta yang sangat garang bertasmiq dengannya Merasa dipukul dengan tongkat dan dipiat telinga dan itu perkara biasa. Ditanyakan pada ustaz, berapa lama ustaz belajar talaqi bersanad, jawabnya selama 2 tahun dan semasa beliau tamat bertalaqi bersanad syeik telah berpesan bahawa beliau mengajar al quran dan kami adalah anak murid pertama ustaz. Merasa terharu kerana ustaz menerima kami sebagai anak muridnya dan sesiapa yang berminat untuk pengajian bersanad boleh dimulakan tahun depan. Cabaran buat kami kerana masa yang terhad dan tak mampu untuk melakukan setiap hari seperti mana ustaz. Ustaz membawa sijil bersanadnya untuk tatapkan kami bagaimana bentuk sijil bersanad.
Ustaz juga berkongsi kisah Ustaz Fariz yang mana anaknya memerlukan pembedahan seterusnya dan memerlukan bantuan orang ramai. Ustaz Fariz merupakan rakan usrah dan ustaz merasa terkilan kerana tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakan usrah. Tujuan usrah adalah untuk bertanya khabar rakan-rakan usrah yang lain dapat membantu rakan-rakan seusrah. Ustaz juga berkongsi tentang pengambaran beliau di Mesir tahun depan. Insyaallah akan mebuat lawatan ke mMesri tahun depan.
Kelas ditangguhkan ke minggu depan
No comments:
Post a Comment