Hanya sempat bekalkan nasi goreng hari INI.
Cibun pula sangat manja kelihatannya pabila tuannya mengalunkan ayayt ayat Allah
Sesampai sahaja kerumah ukhti kelihatannya beliau tidur dan kami biarkan sahaja ukhti Lena. Dan dikesempatan saya merisik pada bibik akan keadaannya. Menurut bibik muka nya kelihatan berseri..dan saya menghampirinya dan memang kelihatan jari jemarinya kurang kuningnya. Alangkah bahagianya setelah 3 hari bersama.
Sedar sahaja beliau teringin untuk makan dan katanya mengantuk malam tadi tak dapat melenakan diri kerana demam. Saya menyeru agar brliau makan lebih Buah anggur yang disumbang Oleh ukhti linda . Nasi agak kurang makannya kerana takut muntah. Malam tadi beliau muntah kerana di paksa makan.
- Dalam kesibukkan kami cuba memapah beliau ke bilik air kelihatan suaminya balik dari pejabat. Menurutnya husband memohon cuti sakit. Maka tak berkesempatan untuk mengaji disampingnya hari ini. Beliau bicara dengan Aysh...Aysh suruhlah ibu Ngaji ...ibu ngaji sedap auntie rasa tenang. Esok ya wahai ukhti insyaalla.h akak datang lagi ziarah ya. Merasa bajagia apabila melihat ukhti INI bahagia.Alhamdulillah
BERSYUKUR ATAS MUSIBAH?
Terdapat 4 peringkat manusia dalam menghadapi musibah iaitu:
1- Enggan menerima
2- Sabar
3- Redha
4- Syukur
Berusalah menjadi insan yang keempat iaitu bersyukur atas musibah.
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ ” الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ” . وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ ” الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ”
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melihat perkara yang dia sukai, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya, amal kebaikan menjadi sempurna. Apabila baginda melihat perkara yang baginda tidak suka, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah di atas segala keadaan. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Adab, hadis no: 3803, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan dalam Sahih Ibn Majah]
Apakah huraian lanjut 4 tahap di atas? Teruskan membaca di sini
| www.fb.com/AlkahfiServices
No comments:
Post a Comment