Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, June 10, 2016

Pejuangan Amir Si Harimau Cilik di Kota Bangkok







Pejuangan anak cilik ini baru bermula dengan kami mulakan cerita di lapangan Terbang. Jarang sekali dapat berkumpul sekali untuk kami bergambar bersama sekeluarga. Ramai yang kelihatannya melihat kami  bersama anak-anak ini





Bukan mudah untuk kami memantau anak-anak ini namun berkat didikan coach  telah melentur anak-anak ini disiplin yang tinggi.







Memang sangat berbeza dengan pasukkan KL international yang mana pasukan Harimau cilik sangat seragam dan warna merah kuning memang sangat menonjol membuat mereka sangat berbeza. Kata sepakat dari ibubapa menjadikan pasukan ini sangat seragam.Kami dipimpin oleh ketua agen iaitu Rosli yang memang terbaik bagi kami.


Memang bukan mudah membawa sigenit bersama terbang dengan Airasia. Namun ini bukan kali pertama Sigentiaysh menaiki kapalterbang. Cuma memang tak boleh duduk diam kalau boleh laluan di dalam kapalterbang ingin beliau untuk jadikan padang larian beliau. Mujur dapat diamkan beliau dengan meggi memandangkan semua makanan lain habis dibeli oleh penumpang lain.



Tiba di lapangan tebang kami disambut oleh Agen bangkok yang bernama Anan memang terbaik dan bersama beliau adalah driver yang bernama abang Yusuf memang terbaik. Kami bermalam di Anchelena Hotel tapi Blok yang kedua dengan kata lain blok belakang lebih murah sikit mungkin.





Memang menyelerakan ikannya segar dan banyak pilihan. Menyesal sebab tak beli sticky rice terasa terkilan pula.Di situ juga terdapat centre nikah yang ramai orang Malaysia yang menikah di situ

u

Syuku kehadratnya kerana selamat sampai ke Bumi Bangkok dengan Selamat. Solat di Restoran ikan salai ikan masin.


Setiba di Aunchaleena Hotel kami melabuhkan tirai disini. Memang terdapat sedikit percaturan yang kurang menyenangkan namun kami memikir tujuan kami datang. Mungkin ada suara-suara namun segalanya kita boleh kaji setelah pulang ke Malaysia nanti. Dan bermula lah hari pertama kami di kota Bangkok.

Hari Kedua Sabtu 4 Jun 2016






Hari pertama merupkan permainan yang cemerlang yang ditunjukkan oleh anak-anak Memang tidak dapat berlindung betapa kami gemberi dengan pasukan cilik ini yang menunjukkan permainan yang cemerlang. Sokongan padu menjadikan anak-anak ceria. " Acik nanti acik menari lagi ya" minta Amaar penjaga gol yang comel..maka jawab saya .."ya pasti auntie buat lagi setiap kali pasukan ini menang ok? tergamba senyuman di wajah mereka..



Setelah itu kami pun ziarah ke Pusat Jualan Jathuchak (chatuchak) Memang sangat luas kelihatannnya. Anak-anak tidak bersama kami kerana kepenatan. Mereka semua dibawa jagaan coach.



Malam pertama kami di bawa ke Al Hilal Restoran di Bangkok. Memang makanan sedap-sedap belaka disni dan kami berasa bening cendawan pemangkin selera kami.




Hari Ketiga Ahad 5 Jun 2016


Bermula hari kedua sangat bersemangat dengan membawa jalur gemilang pemberian pak Yusuf.

Hari kedua kami bermula saat yang sangat getir iaitu bertemu dengan Bangkok United A. Permainan sangat sengit membawa ke Penalty. Apakan daya nasib tidak menyebelahi kami, kalah ditangan Bangkok United A dan membuat kami sungguh murung.



Kedaan mereka yang murung menjadikan diri terasa begitu hampa namun cuba untuk tidak ditunjukkan pada ank-anak. Cuba menenangkan hati anak-anak ini moga permainanan seterusnya dapat mengfokuskan pada permainan sebenar mereka. Memandangkan anak-anak  kecil ini tersentuh jiwana maka kami sebagai parent cuba menenangkan keadaan  dengan membei kata-kata semangat.

Sedang anak-anak berehat seketika dan coach pun kelihatan tenang maka kami pun berbincang tentang perkembangan Amir. Menurutnya Amir terpilih oleh dua orang Coach iaitu beliau sendiri dan juga coach kusyairi." Rentak permainnannya laju dan kami gelarnya little Messi" kata coach Afif. Cuma kebelakangan beliau agak slow sikit rentaknya. Maka saya menjelaskan pada coach yang Amir sebenarnya merasa sangat rendah diri kerana merasa tidak berbanding dengan rakan-rakan lain yang bekas pemain kelab ternama. Beliau cuma pemain Sekolah Agama Hira. Namun coach mereka bukan melihat status kelab tersebut namun corak permainan yang penting.






Terlalu penat kami berjalan, singgah rehat ditepian pintu masuk Mall. Dan setelah jelajah disetiap tingkat kami pulang makan malam di steak House.




Hari Ke Empat Isnin 6 Jun 2016

Tanpa disedari sudah pun hari ke empat kami di Bangkok namun perjalanan kami di Bangkok memang penuh bererti. Anak-anak memakai baju jersi yang diterima semalam sebagai cenderahati. Sebelum pulang kami singgah Grand Sport Centre yang terkenal dengan barang-barang sukan. Dapatlah belikan anak-anak buah tangan kasut dan baju disitu.





Semasa di lapangan Terbang kelihatan 2 insan ini sangat mesra bersama. Apa yang dibincangkan tidaklah diketahui namun si bujang memang selalunya masa begini banyak perkara yang ditanyakan pada ayahandanya. Dikala rakan-rakan lain bermain di sekitar ruang menunggu si cilik ini memilih untuk berbual dengan ayahanda tersayang. Mungkin ini salah satu tanda penghargaan beliau terhadap orang tersayang. 







Alhamdulillah moga ikatan keluarga antara parent pemain memang menjadi kenangan buat kami. Banyak yang kami belajar semasa kami bersama. 

No comments: