Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan ukhti al Mawaddah yang sefikrah dalan perjuangan. ALLAHU AKBAR! Bersyukur kepada ALLAH kerana mempertemukan kami di bumi bernama Seksyen 7 Shah Alam. Moga ALLAH sentiasa tambatkan dan istiqomahkan hati-hati kita di jalan juangNYA.
Didalam keriangan meraikan syawal di rumah seorang bergelar Dato pemurah, teringat akan kuliyah Ustaz Norhisyam Tuan Padang berkenaan dengan 7 Golongan yang dilindungi oleh ALLAH pada hari Akhirat...
Hafash ibnu Ashim berkata, Abu Hurairah berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Tujuh jenis manusia yang dilindungi ALLAH dengan naungan (perlindungan) pada hari yang tiada naungan melainkan naungan ALLAH. Pemimpin yang adil, Pemuda yang besar dalam ibadah kepada ALLAH, Orang yang hatinya menyatu dengan masjid, Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH, berkumpul kerana ALLAH dan berpisah kerana ALLAH, Orang yang bersedekah dengan sedekah kemudian dia merahsiakan hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan dengan tangan kanannya, Orang yang diajak oleh wanita yang berketurunan baik dan cantik kemudian dia berkata, aku takut kepada ALLAH dan Orang yang menyendiri berzikir kepada ALLAH kemudian matanya menitiskan air mata oleh sebab rasa takut kepada ALLAH..."
{Hadis Riwayat Imam Bukhari}
Maka di kala menjamah hidangan, tertanya-tanya dimanakah wajah-wajah kesayangan saya yang lain. Miza, Yati dan Linda. Maka terbit bibit-bibit halaqoh dan halaqoh ini adalah Halaqoh Cinta kami dengan sahabat yang disayangi. Rindunya seperti sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating dalam Halaqoh ini dan moga segera dipertemukan kami insyaAllah.
Sentiasa berdoa agar mati dalam menanam niat berjuang untuk jalan Islam.
" Wahai ukhti, bila bersama, mencipta keindahan.. Apabila berjauhan, saling mendoakan..Itulah makna sebuah persahabatan.."
No comments:
Post a Comment