Tiada yang dapat menjangka bahawa saya akan menjalani kehidupan ini tanpa seorang suami. Disahutnya panggilan Ilahi tanpa mengundang banyak keresahan keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan, Allahyarhamhu telah pergi meninggalkan semua dalam sekelip mata. Bagaikan baru semalam baru menatap wajahnya. Walaupun perginya tanpa pesan segala amanatnya tetap terpahat di jiwa ini.
Bagi kami, Allahyarhamhu adalah pengejar syurga akhirat, dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Kami yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat diraih kecuali kita boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluarga adalah syurga dunia paling indah buat Allahyarham. Kemanapun dan sampai bila-bila pun
|
Makan sepinggan memang amalan kami |
|
selalu serahkan segalanya pada saya |
|
Kali pertama hadriri khusus Fiqh di PWTC |
|
Apapun citarasa kami sama |
|
Ceria kerana Hamilkan Aysh tika ini |
|
Senantiasa memimpin |
|
Kesukaan Beliau bila driving memegang hidung |
|
apa pun keadaan, Quran pendamping |
Detik waktu terus berjalan, berhias gelap dan terang tergores bagaikan lukisan hidup. Ketika bersama Allahyarham, seribu mimpian hadir dan perlpagai rencana yang dirancang bersama. Namun itu hanya perancangan manusia. Perancangan Allah itu terbaik. Masa berlalu masih dalam keadaan suram, cuba untuk mengubat rindu dengan melihat gambar-gambarnya dan video beliau.
Namun, realitinya sudah sebulan tidak melihat senyumannya, tidak dapat menyentuhnya, tiada lagi gemgaman tangannya ketika tidur, tiada lagi kucupan dahi yang penuh kasih sayang, tiada lagi tiada lagi alunan zikir darinya ketika mendodoikan Aysh di buaian dan lebih lagi merindui suara beliau melalui panggilan telifon, segalanya kaku, hati terus menangis mengenangkan beliau.
Pada usia perkahwinan menjangkau 21 tahun, bagai terasa tidak puas lagi bersamamnya, Sememangnya dunia berubah sekelip mata, meredah jalan seorang diri, bagaikan tidak percaya...semua ini berlaku.
Namun diri ini terus gagah melangkah, menggalas amanah. Jazakumullah hu khair buat semua yang membantu dan juga memahami diri ini...semoga Allah SWT jua membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran....amin....
|
Setiap kali Raya memang pasti setia menunggu adindanya utk solat bersama di Masjid |
|
ketika ini sangat susut |
|
sentiasa istiqomah dalam mendalami bacaan Al quran |
|
Memang camera shy...susah nak senyum |
|
Sentiasa menemani bila diajak mengopi |
|
Tunggu ya kanda ... dinda akan menyusul nanti. |
|
Bersama anak gadis yang sentiasa menyakat abahnya |
|
Di trengganu |
|
Ketika kami menghantar Anis Ke Tapah |
|
Meraikan hari terakhirn saya bekerja setelah hampir 20 tahun bekerja |
|
Meraikan hari ibu |
1 comment:
Cepat masa berlalu. Saya masih terasa2 pemergian abang macam mimpi. Terasa nanti bila berkunjung ke rumah, abang akan sambut dan duduk di kerusi biasa dia. Sabar ye kak. Kita juga akan menyusul. Banyakkan zikir dan mengaji untuk abang. Kita buat sama2. Insyaallah.
Post a Comment