Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, October 21, 2017

BOLASEPAK Liga Akademi Tunas Zone Tengah (LATZ)


Salam siaran buat semua yang mengikuti perkembangan saya dan anak-anak. Agak lama tidak berkongsi kisah memandangkan sibuk dengan perkembangan Amir dan Akademi Tunas beliau.

Setelah peperiksaan UPSR, Amir disibukkan perlawanan LATZ yang mana perlawanan berlangsung  pada 14 dan 15 Oktober 2017 berlangsung di MSN. Perlawanan pertama bertemu dengan KL A.

 Melihat permainan Amir memang dan team sangat matang dibandingkan sebelum.  Amir selaku permain no 2 beliau perlu punyai kekuatan semasa situasi satu lawan satu (1v1) teknik yang cekap, kedudukan yang baik semasa bertahan, kepantasan pecutan dan mempunyai daya ketahanan (stamina) yang baik cekap dalam membuat hantaran  silang (crossing), bijak mencipta peluang dan berlari ke ruang kosong (off the ball movement) daya pemikiran yang tinggi semasa menyerang.
 Amir punyai semangat juang yang tinggi dan kesungguhan untuk menang semakin menebal cuma setakat ini beliau tidak mudah untk menerima kekalahan itu yang perlu diperbaiki olehnya.











Perlawanan yang penuh bertenaga dan sangat bersemangat dari Team Selangor. Rentak yang tersusun dan percaturan yang menjadi. Bagaikan ketagih mereka terus terusan menjaringkan gol sehiggga 10 jaringan berbalas 0.









15 Oktober 2017 perlawanan diadakan di Stadium Bukit Jalil bertemu dengan pasukan Perak B katanya. Namun hakikatnya ada cerita tersirat disebalik semua ini. Corak permaianan agak  tersusun sehinggalah apabila Selangor A mendapat tendangan penalti yang disudahkan oleh Arif namun tidak berjaya disudahkan. 







6 konsep permainan yang diterapkan oleh pemain adalah

a) organisasi serangan.
    serangan yang dirancang yang diamanahkan oleh Couch

b) Organisasi Pertahanan
    Bagaimana daya team pertahanan mampu mengecilkan ruang serangan lawan

c) Peralihan serangan kepada pertahanan  

  1.  berwaspada agar pihak lawan tidak menyerang balas /counter attack semasa pertahanan bergerak     menguasai ruang dan
  2. mengawal penyerang dari pihak lawan juga pihak pertahanan mengelak dari diserang balas pastikan pemain hendaklah menjangka sebarang situasi bahaya.
  3. membuat keputusan  serta-merta  pabila kehilangan bola dengan memberi tekanan kepada pihak lawan,  merampas bola semula dan berusaha untuk kembali mengatur posisi.

d) Peralihan pertahanan kepada serangan

  1. menguasai bola dan menembusi  hantaran ke ruang pertahanan dan
  2. memajukan diri beliau untuk ke ruang pertahanan lawan yang tidak dikawal

e) kebolehan individu

  1.  mengawal mentaliti, kekentalan mental dalam mental dalam mengatasi semangat juang yang tinggi.

f) set pieces

  1. pabila bola dalam keadaan mati (dead ball) dan akan segera kembali dimainkan (open play). Dalam hal ini istilah set pieces khusus digunakan di daerah pertahanan lawan.
  2. Corner kick, free kick dan lemparan kedalam di dearah lawan disebut dengan set pieces.


Dalam perlawanan menentang Perak B, kelihatanan peralihan serangan serangan kepada pertahanan Selangor A agak goyah. Pecutan pasukan Perak B, mematahkan pertahanan Selangor A . Dalam keterujaan pasukan Selangor A menyerang, mereka hilang punca pabila pasukan Perak B menyerang Balas.


Setelah kecundang kelihatan team seolah-olah tidak percaya namun itu hakikat yang perlu diterima.



Namun mereka kemabli beraksi pada perlawanan menentang Perak A



No comments: