Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, November 24, 2015

Hidup Untuk Ummah



 Ramai yang kurang berminat untuk turut serta program Al Mawaddah kali ini memandang ia melibatkan aktiviti lasak. Pabila anak-anak seolah-olah tidak berminat saya cuba menekankan bahawa program ini membawa kesan kedalam diri. menceritakan pengalaman semasa zaman persekolahan  menyertai aktiviti sebegini banyakmeninggalkan kesan kenangan dan memori susah senang di hutan. Pesanku pada anak-anak hidup kita bukan setakat untuk diri sendiri namun hiduplah untuk kebaikan ummah. Semoga diri kita dapat memberikan nilai pada hidup orang lain. Banyak yang kita boleh balajar dalam menyertai kem tersebut. Pertamanya kita belajar untuk hidup bermasyarakat dan saling sama mengenali sesama qariah dan juga bila disana nanti kita belajar bagaimana hidup dalam keterbasan seperti mana hidup orang- orang asli di dalam hutan itu nanti. Kakak memang sukar untuk bergaul dengan orang sekeliling dan inilah caranya untuk beliau mengenali masyarakat sekeliling. Alhamdulillah beliau memahami apa yang dibicarakan dia cuma diam mungkin tanda setuju.

Hidup ini berliku-liku, hidup adalah anugerah yang kuasa, jangan pernah menyerah unutuk menjalani hidup yang mudah tapi minta agar pada Allah untuk menjalani hidup dengan cekal, minta hati yang tabah untuk tetap semangat dan terus berusaha



Perjalanan hidup berliku-liku,,semuanya perlukan perjuangan,usaha,kesabaran

demi hidup yang akan senantiasa ke depannya jangan menyerah, demi kehidupan wahai anak. 
Pada kami pula sebagai ibubapa cuba yang terbaik meneruskan perjalanan dalam usia yang tersisa.


Beg sandang yang sarat diisi baju anak-anak.
Poster Misi Ke Back

No comments: