Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, November 26, 2015

Kenaboi ...Hutan Daramu Kami Jelajahi


 21 November 2015 maka bermulalah perjalanan kami ke Kenaboi Jelebu. Paginya kami ada kuliyyah dan kami semua bergerak dalam bas pada pukul 8.00 pagi . Alhamdulillah perjalanan kami sempurna sampai sahaja di sana kami disambut dengan 3 buah 4 wheel drive dan sebuah lori volvo yang agak unik
Abah Melayan Aysh di dalam bas

Maka bermula explore race kami untuk meredah kampung orang Asli

Beginilah keadaan kenderaan menempuh sungai di perkampungan kenaboi.

Lihatlah si kecil sibuk untuk memasang khemah.

Bersama menyiapkan Khemah

Suasana pagi di kem

sesampai sahaja ditapak perkhemahan kami sibuk menyiapkan khemah masing-masing dan seerusnya bersiap untuk pergi menziarah orang asli dan melayan mereka dengan hidangan tengah hari yang disediakan oleh Cheff Najib kita.
Kenderaan  yang kami naiki di sini.
Bersama dengan orang asli

Malam nya kami diteruskan dengan aktivti bbq disediakan oleh Cheff Najib.kami kemudian meneruskan aktiviti seterusnya iaitu nite walk.Ramai yang keberatan untuk  turut serta namun keluarga fuzidss kesemuanya turun kecuali Aysh dan abahnya terpaksalah untuk menjaganya. Aktiviti ini memang menguji kesabaran bayangkan berjalan malam hanyak berbekalkan cahaya bulan.  Tiba-tiba sahaja memikirkan anak-anak orang asli yang hilang dalam hutan.

Adam mengetuai misi nite walk

Ini sahaja yang sertai program nite walk
Anak Muda Remaja yang sedang membesar


 Setelah solat subuh agenda kami disusuli dengan tazkirah subuh disampaikan oleh ustaz Firdaus. menerangkan tentang solat sunat qabliah dan bagdhiah semasa musafir. dan kemudian kami dihidangkan dengan sarapan pagi disediakan oleh cheff Najib iaitu nasi goreng dan telur sosej. Kami berarak ke tanah lapang untuk menyertai team building agenda ke 3 kami. Kami terbahagi kapada 2 kumpulan team Adam dan Team Aiman dan kedua-dua team disertai oleh anak-anak yang sangat aktif dan jujur dalam segala game. Game  pertama adalah perlu mengikut arahan dan setiap arahan itu akan ditukar maknanya sambil bergerak setempa dan game kedua kami kami adalah memegang tali dan kami perlu gambarkan seolah-olah kami sedang membuat giant pizza...Pizzzaaaa toast. sangat terkesan dalam permainan ini. kerana Adam selaku ketua kumpulan sungguh memahami adik-adiknya yang payah melaksanakan tugasan tersebut dan akhirnya kami juara untuk satu game tersebut.




Pizza Toast hehe



Adam cuba mengawal anak-anak didiknya

Si genit juga turu serta dan sungguh dahaga nampaknya

Setiap kumpulan perlu membawa seekor ayam bersama.


 Game seterusnya kami menuju ke sungai untuk game menimba air sungai kedalam tong yang bocor ..Memang tercabar kerana tong tersebut belubang disekelilingnya. Briefing dari urusetia mengatakan tiada benda asing selain jari dan tubuh badan manusia yang boleh digunakan.


Briefing oleh urusetia

Kelihatannya Ketua sedang menyusun strategi


Bersungguh-sungguh berusaha untuk kumpulan


Kelihatannya hampir penuh namun group sebelah telah menjuarai dengan memasukkan pasir


Sigenit memerhatikan abang-abangnya melaksanak tugasan.

Syabas anak-anak dari kegigihan dan kejujuran dalam melaksanakan tugasan kalian terbaik,  Dan pihak urusetia cuba mengaikan dengan keadaan semasa ketika ini di syarikat yang mana orang sanggup mel, akukan apa sahaja demi untuk menang walaupun dengan cara yang salah. Memasukkan unsur lain itu tidak dibenarkan selain dari anggota badan. dan seterusnya kami meneruskan game jungle survival seterusya iaitu jjungle tracking dan jungle climbing dan sebelum itu ustaz Firdaus memanjatkan doa padaNYA agar dipermudahkan. Memang program Al Mawaddah seperti syariah compliance kerana setiap program pasti ada ustaz dan ustazah yang mengiringi.

Bacaan Doa oleh Ustaz Firdaus
Bermulalah perjalanan kami meredah hutan

Kumpulan Anak-anak yang senantiasa bersama susah senang.  Respect u all. Ibu Belajar sesuatu dari kalian

Salah satu gambar yang terkesan dihati


Syabas Amaar .. peserta termuda yang berjaya semua tugasan ..

Rekod terbaik Aysh berjaya mendaki ketinggian 100 kaki di perkampungan
Memang ketika memanjat gunung ketingginan 100 kaki memang benar-benar menguji kesabaran kami dengan hujan kesan hujan malam tadi  menjadikan perjalanan kami agak sukar kerana licin dan lecak. Namun beginilah h idup kita dunia penuh dengan ujian dan itu bergantung pada kita bagaimana kita nak mengharunginya. Kita berebut harta dunia namun harta akhirat kita alpa. Bagaimana rasulullah menekankan bahawa betapa besarnya ganjaran solat subuh berjemaah.  Alhamdulillah memang benar mencari qariah terbaik kerana secara kerana sesungguhnya sekiranya Allah menghantar balasan kepada orang yang zalim ini bukan dia sahaja yang akan terkena namun perlu diingat bahawa orang-orang sekelilingnya akan terlibat. Oleh itu kami berdua memang sepakat untuk terus bangunkan dan menyokong apa sahaja program yang dijayakan oleh Surau Al mawaddah dan itu terbaiknya dan walaupun surau kelihatan agak mengecil ekoran dari pengubahsuaian kami tetap setia untuk mencari ilmu di situ dan moga Surau ini dibangunkan dengan ilmu-ilmu yang diberkati. Insyaallah.






salah satu halangan yang mencabar



Semasa mengharungi anak sungai ini memang pada mulanya merasakan sukar until ditempuhi namun Padang nekad...subhanallah kelihatan semua muslimin mawaddah memerhatikan dengan niat ingin membantu...




Rekod Buat Aysh kerana berjaya mendakai ke ketinggian 100 kaki

Bersedia untuk melakukan abseiling

Menunggu giliran

Kakak peserta kedua turun..syabas kakak

Kakak menenangkan Amaar setelah melakukan Abseiling

Alhamdulillah kanda, Anis, Adam, Alif, Amir dan Amaar telah berjaya melaksanakan kesemua tugasan cuma ibu dan Aysh terpaksa berpatah balik ke kem kerana tidak disarankan agak bahaya untuk Aysh turut serta memang di dalam sungai tersebut perlu berdikari. Alhamdulillah semasa turun Aysh didukung turun bersama Maisarah kerana beliau gagal untuk turun dan kami bertiga turun balik dan menaiki jeep merah.  Setelah makan tengah hari kami bersiap untuk pulang dan sesungguhnya kem kali ini membawa kesan ke dalam jiwa anak-anak. Banyak peristiwa-peristiwa yang menjalinkan lagi hubungan kami anak beranak. Alhamdulillah bersyukur kehadratnya. Banyak pengajaran yang kami pelajari;
a) Betapa besarnya ciptaan Allah menjadikan Alam ini yang ssngat cantik.
b)dapat merasakan betapa sukarnya kesengsaraan mangsa banjir yang ditempatkan dikem sementara.
c)kerjasama dalam kerja berpasukkan.
d)jangan menyerah kalah sebelum berusaha.
d)dapat melihat anak-anak bakat-bakat yang terpendam dalam diri mereka.
e)menanam dalam jiwa anak- anak untuk cintakan Alam
f) belajar dari sikaf anak-anak membuka mata kami. Semangat mereka memotivasikan kami yang dewasa.





No comments: