Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, November 29, 2015

Pantas Masa Berlalu Bersama Si Dara

Antara Mereka Yang Cemerlang
 Alhamdulillah malam ini meraikan kejayaan kakak, mengekalkan kecermelangan beliau menerima anugerah dekan. Dan alhamdulillah rayuan beliau untuk tinggal di kolej telah diluluskan . Subhanallah rezeki Allah memang tidak pernah dijangka.
Plug yang diterima
 Memang agak lama kami tidak keluar makan di luar bersama. Memandangkan abahnya memilih OMK restoran maka disitu shaja kami mencari peluang untuk merasai nikmat makan bersama. Penghargaan kecil buat anak-anak yang berusaha bertambah baikkkan ilmu mereka dan moga ilmu yang ditimba memberi nilai kepada ummah.
Majlis Penganugerahan Sept 2015

Melayan kerenah Aysh
 Sungguh pantas benar masa berlalu kerana esok kakak perlu berangkat ke Tapah bagi meneruskan perjuangannya sebagai seorang pelajar. Moga Allah permudahkan perjalanan kami esok dan biarlah masa yang berbisa ini beliau habiskan dengan adik-adik lelakinya.
Menunggu hidangan

Aysh

Mee Kari OMK for kanda

She love her mee Laksa
Mee Laksa

No comments: