Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, November 29, 2015

Tingkat Sahsiah dan Hentikan Berpura-pura untuk Popular

 Saya memang benar-benar cintakan taman syurga dunia. Memandangkan dunia ini sementara maka rebutlah peluang ketika sihat ini untuk mengejar ilmu Allah

Sahsiah mesti ditingkatkan, akhlak mesti dimantapkan,fikrah perlulah semakin jelas daya fikir perlulah semakin matang nilai ucapan mesti semakin berharga, pandangan perlulah bernas, kesungguhan merancang mesti semakin tinggi, tabiat  buruk perlulah dibuang jauh dan sumbangan diri perlulah bertambah. Muhasabah diri jangan dialpakan.

Meninjau tabiat buruk sebelum ini, jika sebelum banyak group whatsup yang dilayani dengan bahasa-bahasa tidak mendatangkan faedah langsung baik pada diri dan kepada yang membaca. Maaf kata memang banyak yang di"mute"kan sekarang ini. Adakalanya merasa tidak faham dengan manusia tidak memikirkan sebelum melontarkan sebarang information adakah perlu?. Tekad dalam diri, untuk lebih tumpukan pada pencarian ilmu. Alhamdulillah Hari-hari dipenuhi dengan kuliyyah .
  • Isnin Harfiyah oleh ustaz Firdaus. 
  • Selasa oleh Ustaz Aran untuk kelas Tajwid
  •  Rabu Kelas Ustaz Syafee kelas talaqi , kelas ini memang minat yang mendalam dan seterusnya 
  • kelas Bahasa Arab oleh Ustazah Zue yang ini jauh kebelakang. 
  • Manakala online pulak, Tafseer online, mengaji online dengan ukhwah fillah dan keluarga Saidon.

Berbalik pada akhlak, kekadang manusia ini terlalu mengejar penghargaan manusia untuk menjadi popular. Memuji sesuatu yang tidak datang dari hati ikhlas. Hanya kerana ingin menjadi popular . Hidup ini biar tidak popular tetapi bila kita mengungkap sesuatu yang ada nilai pada insan lain. Kekadang ramai yang cuba berlakon dari keadaan sebenar. Namun yakinlah bahawa lakonan itu tidak lama.Benar kata rasulullah sesungguhnya berdiam itu lebih baik dari meluahkan kata-kata yang tidak menambahkan nilai pada insan lain. Biarlah diri tidak popular tetapi tidak berpura-pura demi ingin menjadi popular.

 Hari ini ilmu yang ditimba bila kita sendiri, sendiri pergi ke rumah kenduri sendirian tanpa ditemani dan baru menyedari bahawa kita telah membuka jalan  dan peluang orang lain mendapingi kita. Subhanallah... jangan khuatir. Kita tidak sendiri, jika kita ikhlas kerana pasti Allah hadirkan insan-insan dalam hidup kita ..buka ruang pada insan lain untuk emngenali kita.




Miau pun setia menunggu Ustaz

Ustaz Syafee Asyik memerhatikan jadualnya

No comments: