Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, November 30, 2015

Tanah Rata Yang Tak Begitu Rata

 Alhamduillah kakak dapat tinggal di kolej maka semalam dapatlah kami mengiringi beliau kembali semua kedunia pelajar di Kolej Alpha 8 UITM, Tapah dan melabuhkan segala barangan keperluan kakak dan kami lari menuju ke Cameron highlands. Sebelum itu kami singgah di restoran Naufal memang berbaloi makan disitu kerana anak-anak  puas hati dengan makanan yang disediakan dan hargapun sangat-sangat  berbaloi.

Dalam perjalanan kami ke Cameron Highlands Anis dan adik kepeningan maka masing-masing tertidur. Sesampai kami di tanah rata kami singgah Masjid Abu Bakar ditanah tinggi Cameron. Merasai kesejukkan disana namun dapat jua akhirnya kami tunaikan Jamak di sana. Kami teruskan perjalanan menuju Strawberry Farm

Tiba di Straberry Farm anak-anak teruja  manakala saya menjadi sangat rambang mata kerana terlalu banyak bunga yang ingin di beli tetapi kawal nafsu, cari pokok yang beri manafaat pada keluarga. Kelihatanya pokok cili bihjoloki sangat menarik. Pada mulanya ingatkan capsicum tetapi tidak ianya sangat pedas. The hottest chili in the world


memerhatikan pokok Bihjoloki
 Di Ladang Straberry kami menjamah ice cream dan juga straberry . Memang sedap sangat dan terasa straberrynya an kelihatan dapatlah kami bawa balik pokok cili yang paling pedas di dunia .Makan di cafe di sana
Ice Cream Malaysia perisa Strawberry.



Sigenit, Amir  and Her kakak ..di Ladang Teh Bharat
 setelah selesai di strawberry farm kami ziarah ladang teh Bharat yang memang benar cantik permandangannya. Kelihatannya di cafe terlalu mahal buat kami sekeluarga, cukuplah kami tapau didalam kereta dan anak-anak tidak begitu gemar. Cukuplah dapat merasa. Dan kami terus on the way turun balik masing-masing kepenatan

Scones RM12.80 yang memang dikenali ramai di cafe bharat ini

Ladang Teh Bharat yang sangat cantik permandangan.
 On the balik kami tunai kan solat jamak Maghrib dan isyak di masjid UITM tapah dan dinner di cafe faculty Sains Gunaan. Di sana kami makan nasi Ayam RM4.00 memang seikhlas hati gerai no 2 berniaga demi anak-anak di sini. Moga Allah permudahkan rezeki abang ini.

Alhamdulillah gerai no 2 yang terbaik nasi Ayamnya


No comments: