Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, December 29, 2015

Aktifkan Rumah Ngaji

Setelah sekian lama tidak melayari blog ini, minggu ini agak tenang sedikit suasana untuk di rekodkan di sini. Pada minggu 3 minggu sebelumnya memang agak sibuk dengan aktiviti anak-anak menghantar kem dan projek rumah ngaji yang kami sertai di Perpustakaan Awam Selangor.

Tetapi perasaan ini teruja ingin berkongsi cerita tentang rumah ngaji. Alhmadulillah setelah menyertai Safari Quran selama seminggu kami telah dipanggil untuk temuramah oleh Wanita Hari Ini Tv3. Cadangan dari ukhti Yati yang banyak mendorong kerana dorongan beliau maka Alif turut serta program  Safari. Tanpa di jangka Team TV3 akhir datang pada 21 Disember 2015. Semua ini mengisahkan bagaimana kami menjadikan bacaan Al Quran sebagai satu rutin hidup kami. Memang jiwa ini bercelaru sama ada perlu atau tidak kami menyertainya namun setelah dijelaskan oleh Yati, barulah kami faham tujuan utama rakaman ini dibuat bertujuan untuk mengajak semua untuk kembali kepada basic iaitu Qalam Allah untuk dijadikan panduan.


 MMemang telah dijangka bahawa tidak semua niat yang baik kita akan diterima oleh semua pihak. Ada suara-suara yang kurang enak didengar namun apa yang perlu kita tahu apa Allah kata. Mendirikan sunnah bukan lah satu kerja mudah namun kami berusaha untuk merealisasikannya. Hati ini perlu kuat demi melaksanakan amanat Allah.

Teguran Anis " kenapa ibu pakai tudung lusuh? Kak awak tahu kan apa niat ibu, apa ibu pakai itulah yang ibu pakai selalu. Mereka merakamkan kisah rutin ibu harian maka itulah pakaian harian ibu. Anis mengangguk mengangguk faham. Moga segala yang dirakamkan ini menarik ramai orang untuk melaksanakan program rumah ngaji.




No comments: