|
Beginilah keadaan Riuhnya menantu2 Hj Saidon |
Ahad yang lalu merupakan kenangan terindah buat keluarga Saidon. Mak merancang untuk meraikan hari kelahiran Abah yang bagi ku hari-hari bersama abah memang terindah namun hari tersebut begitu bermakna kerana dapat berhimpun seluruh keluarga saidon. Masing-masing perlu menunjukkan bakat memasak pada hari tersebut. Masing-masing ada asignment masing-masing dan ternyata anak menantu yang degil ini memang selalu mencetuskan kontravesi. Assignment tak dapat ditunaikan kerana merasa teruja nak menunjukkan bakat memasak pada hari itu maka assignment membeli kek terpaksalah diserahkan pada yang lain. Bagi saya sekadar membeli tidak mendatangkan kepuasan instead of kita yang menyiapkan dengan titik peluhnya lebih bermakna dan insyaAllah halalan toyibahnya terjamin. Terpulang pada mereka yang punyai tanggapan yang lain namun itulah tujuan dan niat sebenar.
Kami tiba dirumah 2.00 pagi memandangkan Amir ada perlawan bola sepak pada paginya dan merupakan hari yang paling kalut buat kami. Sesudah memasak kami digemparkan dengan khabar Olong (pak Long) yang dkhabarkan Nazak di PPUM dan kami dengan sepantan kilat kami segera ke PPUM. Sesampai disana kelihatan Olong sangat lemah dan sangat gelisah. Saya menggapai tangannya dan membaca Yassin dan kelihatannya tersenyum. Sambil berkata betulkan ..betulkan. Allahuakhbar. Sebabnya hanya Allah sahaja yang tahu. Di ulang bacaan yassin agar tenang dan tiba-tiba datang Nurse menyuruh kami keluar kerana degupan Olong sangat perlahan. Maka kami yang tak berkenaan keluar hanya Anak-anak dibenarkan disamping. Maka kami pun terus pulang.
|
Beginilah Keadaan Menantu Yang Sporting |
|
Sopan Saja Kelihatannya Anak-anak Hj Saidon |
Operasi memasak bermula pada seawal pagi. Barang-barang telahpun kami sediakan yang didapatkan di Pasar dan tidak perlu kalut lagi untuk mencarinya namun yang lain kelihatannya serba kekurangan dan perlu mencari keperluan bagi melengkapkan menu mereka. Alhamdulillah Carbonara siap dan sedia dihidangkan pukul 2.00 pm kelihatannya ramai jiran tetangga datang untuk menjayakan majlis ilmu iaitu majlis bacaan yassin. Bersiap segera untuk menyertai bacaan majlis yassin menemani mak dan seperti biasa anak menantu yang ketegak sorang ni la yang kedepan bila berdepan dengan dengan majlis ilmu. Kerana penting untuk menghidupkan amalan taklim dirumah agar ahli keluarga kita turut mendapat nur hidayah dan mendapat kelebihan orang yang menghidupka sunnah Nabi dan istiqomah. Majlis taklim ini senantiasa menyebut ayat-ayat Allah kelihatan bercahaya pada penghuni langit.
|
Kumpulan Yasinan Muslimat |
|
|
|
|
Masa berlalu yang berlalu begitu pantas sekali membayangi masa yang
tinggal juga akan jadi begitu meskipun ia kelihatan sayup di hadapan.
Cuba bayangkan bagaimana ketika mahu menyambut ketibaan ulang tahun pada diri ini merasa amat genta sekali kerana senantiasa muhasabah apakah tahun ini dapat memberi tambah baikkan dalam berilbadah.
Tahun berganti tahun. Masa beredar pantas
tanpa kita sedari usia bertambah dengan laju sekali. Putaran kehidupan
yang telah diceritakan oleh Allah SWT melalui ayat 54, surah Ar-Rum
hampir ditempuh oleh kebanyakan mereka yang mahu menekuni dan mengamati
perjalanan kehidupan mereka.
Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat.
Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah
pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakinya dan
Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
Maka setiap ulang tahun kelahiran maka tersurat, reja kehidupan manusia semakin susut. Jika masa itu ibarat
butir-butir mutiara atau permata yang dimiliki, maka permata berharga
ini sudah hilang satu persatu dan bakinya dapat dilihat dengan jelas
oleh pemiliknya. Oleh kerana itu majlis ulang tahun ini kuraikan bersama bonda Normah bagiku hari tersebut merupakan hari bersejarah buat bonda Normah.
Berbalik balik kita pada agenda majlis di kampung, antara Menu yang disediakan Laksa Utara, Nasi Arab, Ayam Yogurt, Nasi Ayam, Mee Tomyam, Mee Bandung dan segala macam jenis kuih yang dihidangkan dan 3 jenis Air. Memang agak banyak hidangan dan sedikit membazir kerana kehadiran tetamu tidak menggalakkan. Pedih rasa hati melihat makanan terbuang begjitu sahaja dengan pelbagai kek yang melambak diatas meja. Dijangkakan ramai namun jangkaan itu meleset dan kurang sambutan. Mungkin kerana pengisian agak kurang. JIka dapat dipenuhkan dengan majlis ilmu ..seperti tazkirah selepas Yasinan oleh para ustaz/ustazah mungkin dapat memeberikan impak yang berlainan. Itu sekadar pandangan saya.
Pada malamnya sebelum pulang, semua anak menantu berkumpul semua bergambar kenang-kenangan dan kelihatannya menantu-menantu yang sangat ceria, Syima dengan ragamnya memang meriuhkan suasana dan alhamdulilalh begitulah kisah Haji Saidon Sekeluarga.
|
Carbonara..Tajaan Mr Kanda |
|
Air Tajaan Joi dan Ain |
|
Satay Tajaan Bad |
|
Sempat juga mengopi disamping Mr Kanda |
|
Si genit sorang |
Rujukkan Prof Kamil
No comments:
Post a Comment