Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
maka jangan mudah membataskan diri dengan hanya berdiam diri, kita lihat sekeliling kita banyak boleh diguna semula. Begitulah kehidupan saya, semenjak ditimpa ujian besar ketika berada di puncak kerjaya tiba-tiba majikan membuang saya, banyak yang perlu dicatur semula.
Sudah tentu sekali seisi
keluarga menanggung kesan. Anak-anak selalunya akan senantiasa berhati-hati dalam berbelanja. Siibu pula menaruh harapan inginkan taman bunga yang indah namun perlu melihat dari banyak sudut yang mana keperluan tersebut perlu didahulukan.
Adakalanya merasa teguris jiwa dan perasaan apabila
kehilangan pekerjaan sebegini rupa dan dalam keadaan usia begini siapalah mahu menerima semula.Lebih pilu lagi apabila kehilangan
rakan-rakan yang kelihatan rapat, mesra dan menyayangi ketika bersama dibawah satu bumbung namun semuanya berakhir kerana tanggapan mereka kami adalah orang yang terbuang.
Biarlah mereka dengan tanggapan mereka apa yang penting orang teraniya selalunya makin dekat dengan penciptanya dan setiap kali solat tidak pernah putus diri mengadu kepadanya.
Maka bermula cerita untuk memadamkan kisah sedih ini kearah yang lain dan dapat menghilangkan kenangan di pejabat. Alhamdulillah minat menanam herba dan bunga-bunga tertanam dalam diri dan merupakan usaha yang mendatangkan hasil. Cuba mempelbagaikan dengan menggunakan bahan terbuang alhmadulillah banyak dapat dinikmati tanpa perlukan kos yang tinggi.
Anak pokok labu yang kelihatannya segar . LIhatlah recycle cup terseut. Recycle dari Surau. |
Kelihatan berseri Ros Jepun didalam bekas tin susu |
Dibawah ini kelihatannya koleksi terbaru yang dibeli dari Cameron highland
Buah Cil Bih JOLOKI ni sangat rangup |
Kaktus Amaar |
Mona Lavender |
Add caption |
Pertunia.. Bunga cantik seolah-olah Rose dan tahan lama |
ZZ plant pemberian sahabat |
Sebentar tadi Anis baru tiba dari Tapah menaiki KTM dan sesampainya dia berbicara soal teman sekelasnya yang menceritakan yang ibunya merupakan rakan saya. Subhanallah
Dunia ini terlaku kecil kerana kelihatannya Anis dan sahabatnya syaza merupakan kawan baik di kolej merupakan seorang sahabat iaitu Kak Norul semasa bekerja di Avon tempoh dulu Nama anak gadis Kak Norul syaza. Subhanallah Allah sambungkan persabatan sebegini rupa.
Kenangan bersama Kak Norul memang tak dapat dilupakan kerana beliau seorang yang benar-benar ikhlas dalam melakukan amanah yang digalas.
Dikala ini ramai manusia termasuk ke dalam jerat orang yang tidak jujur. Untuk mendapat sesuatu tujuan sama ada kebendaan atau perkhidmatan, seseorang sanggup menggunakan kata sanjung yang empuk dan lunak. Sang kena puji dibuai keselesaan. Berhati-hati lebih baik daripada menelan pujian dan sanjungan yang diri sendiri sedar bahawa pujian itu memang tidak layak pun bagi dirinya.
Bila benih-benih tidak ikhlas, tidak jujur, dan bermuka-muka tumbuh di dalam diri seseorang, maka menjalarlah semak belukar kemungkaran melilit pemikiran dan sikapnya. Inilah pesan-pesan Hukama di dalam puisinya.
“Jangan mempedulikan tukang sanjung,Memuji mu setinggi langit untuk mendapatkan sesuatu daripada mu.Jika suatu hari engkau gagal memuaskan keinginannyaDia akan mengungkit dua ratus kesalahan yang telah engkau lakukan.”(Syeikh Musliuddin Sa’di Shirazi, ‘Gulistan’, Terjemahan Manda Milawati)
Wahai anakanda, bersahabat lah kerana Allah pastinya ia kekal hingg ke Jannah |
No comments:
Post a Comment