Awal tahun yang sangat bererti dalam hidup ini. Dimulakan dengan awal tahun ini merancak lagi kuliyyah bersama ukhtifillah dan kali ini kami mulakan majlis di rumah sahabat kami ukhti Marliza. Alhamdulilah dekorasi yang sangat menarik di dalam kediamannya dan sangat tenang bila berada di rumah beliau.
Untuk membiasakan diri dengan perkara yang sunnah memang sukar namun biarlah usaha kecil kami ini berterusan dan istiqamah.“Istiqamah” atau “konsisten” dalam dua dimensi berbeza bagi menunjukkan yang tingkah laku tersebut ada dalam diri manusia. Ia istiqamah melakukan kebaikan dan konsisten melakukan sesuatu yang ditegah Dalam hal ini, saya menggunakan terma istiqamah untuk amalan kebaikan dan konsisten untuk perkara yang ditegah . Secara hakikat, kita – manusia – boleh melakukan banyak perkara secara konsisten. Ia satu pembohongan diri untuk menyatakan “saya tidak mampu istiqamah” jika manusia itu berfikir sedalam-dalamnya.Saya tidak mengata sesiapa tetapi melihat diri yang berpuluh tahun hidup di dalam pembohongan yang dicipta sendiri. Lebih kronik lagi kerana cuba sedaya upaya melawan fitrah dalaman.
Maka dalam melangkah dan mengisi masa yang reja ini saya dan sahabat saya Yati mengorak langkah dalam membuka ruang perjumpaan dengan mewajibkan kami untuk mengtafseer ayat-ayat Allah sebelum kami bincangkan hal dunia. Kami bincangkan surah 94 dan saya dan Sis Marina menbaca tafseer yang kami bawa yang mana Sis Marina Membaca Tafseer dari Hamka manakala saya merujuk kepada Tafseer Ibnu Katseer. Manakala Yati menerangkan hubungan tafseer dalam kehidupan.
Memang terasa bermakna dan penuh pengisian perjumpaan awal tahun kali ini dan pastinya perjumpaan akan berterusan InsyaAllah
Jamuan Kambing Bakar yang menyelerakan. |
KEPENTINGAN TADABBUR AL-QURAN
Allah Ta’ala berfirman,
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran” (QS. Shod: 29)
Tadabbur Al Qur’an sebagaimana disebutkan oleh Al Hasan Al Basri rahimahullah -seorang tabi’in-,
والله ما تَدَبُّره بحفظ حروفه وإضاعة حدوده، حتى إن أحدهم ليقول: قرأت القرآن كله ما يرى له القرآنُ في خلق ولا عمل
“Demi Allah, Al Qur’an bukanlah ditadabburi dengan sekedar menghafal huruf-hurufnya, namun lalai dari memperhatikan hukum-hukumnya (maksudnya: mentadabburinya). Hingga nanti ada yang mengatakan, “Aku sudah membaca Al Qur’an seluruhnya.” Namun ternyata Al Qur’an tidak diwujudkan dalam akhlak dan juga amalannya.” Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim. (Lihat Tafsir Al Quran)
Rujukkan Tafseer Ibnu Katseer, Tafseer al azhar Hamka, Dr Zaharuddin dan umki
No comments:
Post a Comment