Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, January 8, 2016

Pemburu Ilmu


Tahun ini surau Al Mawaddah lebih rancak lagi dengan terisinya kuliyah bersanad pada hari Khamis. Memang berniat untuk turut serta namun rasanya biarlah Khamis hari yang ku menjelajah Al quran malam itu bersama anak-anak dan suami. Biarlah mak cik yang kelapangan waktu mengisi kuliyah bersanad itu. 

kuliyyah malam tadi ustaz  Syafer menerangkan bahawa takdir boleh berubah..ayat 39 Surah Ar Raad.

يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan".

Maka jangan berhenti berdoa lebih2 lagi DOA buat anak-anak yg sedang membesar.

Dalam kuliyah sebelum ustaz Syafee ada menerangkan bahawa amalan baik yang dilakukan oleh anak-anak sahamnya akan sampai pada ibubapa walaupun tanpa niat. Lantas itu saya ajukan pula soalan. Bagaimana dengan perkara mungkar? Ustaz jawab bahawa segala dosa tidak dipindah milik atau kata lain tidak boleh di transfer melalui ayat Al isra ayat 15;

مَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۗ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا

Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

Kuliyah malam ini juga ustaz tekankan makhraj2 huruf hijaiyah. Aduhai terasa kurang ilmu diri INI.

Berkenaan dgn soalan yg diaju oleh Kak Raudhah semalam berkaitan istri yg diceraikan Talaq 3.

Jawapan seperti berikut.

1. Talaq terbahagi kepada 2, iaitu Talaq Raj'i dan Talaq Baain.
2. Talaq raj'i adalah Talaq yg masih boleh di rujuk iaitu untuk penceraian talaq 1 dan Talaq 2.
3. Talaq Baain adalah talaq yg tidak boleh dirujuk bg pasangan yg bercerai dgn Talaq
4. Untuk Iddah pula, pasangan yang bercerai samada Talaq Raj'i atau Talaq Baain, iddah tetap ada.

Jenis Iddah :

1. Isteri kematian suami :
4 bulan 10 hari

2. Isteri diceraikan dan tidak hamil :
3 kali suci

3. Isteri diceraikan dan mengandung :
Iddahnya sehingga bersalin.
[1/7, 10:51 AM] Ustaz Shafee: So. Perempuan yg diceraikan talaq 3 tetap ada iddah dan iddahnya bergantung kepada keadaan perempuan tersebut, (hamil : iddah sampai lahir / tidak hamil : 3 kali suci ).

No comments: