Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, January 11, 2016

Kita Harus Belajar Mencintai Dengan Bijaksana


Carilah masa

Kita kehinlangan banyak waktu untuk urusan yang tidak begitu perlu, kita kehilangan banyak kesempatan demi mengejar hal-hal yang sama sekali tidak penting. Kita terlalu bersedih pada penolakan padahal kita pun sering melakukan penolakan, kita terlalu berduka kerana dijauhi  padahal kita sering menjauhi.

Kita selalu mengatakan ingin dekat dengan Quran namun berbagai alasan diberi. Tidak kesempatan masa padahal banyak masa ditaburkan didalam urusan tidak penting. Kita postkan info di group Whatsup kerana merasai membantu dengan senda gurau tetapi  kita perlu fikirkan apakah kebanjiran whatsup yang kita postkan banyak membantu kepada ramai orang. Sekadar memikat hati haruslah kita jauhi kerana kita sering bersedih kerana kita menjauhkan diri pada quran tetapi apa usaha kita untuk mendekatkan diri pada Quran.  

Adakah kita tidak merasa bahawa  banyak masa terluang dengan melayan whatsup yang tidak bermanafaat pada insan lain malah menambahkan kerja pada insan lain memadamkan semua data tersebut.

Kita harus belajar mencintai dengan bijaksana. Sesuatu yang sering dilupakan oleh banyak manusia agar tidak gelabah dan tidak terburu-buru tidak menampilkan isi hati, pandai menyiasati perasaan insan lain, berhati-hati dalam berucap dan pandai mengatur tutur kata. Yakin lah sekiranya lidah sering mengalunkan qalam Allah pasti lisan kita terjaga. 
Masa diatur agar ia dapat mengimbangi semua keperluan walaupun kekadang tidak tergapai namun berusaha untuk membuang yang tidak perlu. Belajar mencari yang perlu dan memberi manafaat ramai insan. Sebagai contoh keterbasan dalam mencari ilmu diluar menjadikan kita terhalang menimba ilmu namun tidak lagi, dengan teknologi terkini dengan live streaming , telinga boleh mendengar tangan boleh bergerak melakukan/melaksanakan tanggjawab minda boleh diserap dengan ilmu Allah at anytime and at anywhere.Begitulah minggu ini sibuk dengan streaming oleh Dr Rozaimi .Subhanallah moga usaha beliau memberi ilmu yg manafaat ramai dan menghidupkan budaya berhujah dikalangan orang melayu.

Mencakupi orang yang berada di dalam negeri di luar negara. Subhanallah usahakan mencintai dengan bijaksana yang dapat manfaat kepada ramai orang seperti mana doa yang kita sering kita pohon untuk mendapat ilmu yang bermanafaat dan ingat jangan kehadiran menyukarkan ramai sehinggakan ada yang sanggup meninggalkan halaqah kerana anda.

rujukkan:
Group ustaz

No comments: