Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, January 19, 2016

Bila Jiwa Tenang...Muka kelihatan Berseri

Pengalaman diri semasa kemalangan semasa remaja menjadikan diri ini akan mudah tersentuh jika mendengar ada yang sakit. Semasa saya patah kaki dan dimasukkan besi memang faham sangat kerana segala pergerakkan perlukan bantuan. Selama 6 bulan menderita bertemankan kerusi malas.Hospital menjadi rumah ke 2 saya.

Dengan kemalangan ini juga menjadikan saya lebih matang dalam menilai setiap ujian mendatang. Lebih hormat pada Abah Dan mak Dan kerana patuhlaa maka jodoh saya bertemu dengan Kanda jawa saya. Cinta selepas kahwin sememangnya lebih mendalam kerana segalanya kami setelah kahwin.

Hari ini masakkan bubur dengan daun pandan dan halba. Subhanallah baunya yg tak sakit ni tambah selera. Buatkan sotong paprik letakkan daun kesum nak hilangkan bau sotong tu...memang tertarik.

Sampai sahaja ukhti tersenyum lebar melihat kehadiran. Bertanyakan pada beliau.."dah makan dik? "Belum jawabnya lantas terus kaki melangkah ke dapur dapur lantas saya susunkan makanan keatas meja. Kelihatannya bibik mengangkat ukhti ke meja makan. Kelihatanya tidak sabar ukhti ingin menjamah. Alhamdulillah berselera benar.

Setelah usai makan disapu minyak ke rambutnya dan  urut kepalanya. Setelah itu dibacakan Quran surah Al baqarah page 43 hingga 44. Tak lama dapat dibaca kerana kelihatannya ukhti sudah lena maka senang rasa hati. Segera saya keluar membawa Aysh balik kerana takut mengganggu lenanya tidur ukhti ini.
Ya Allah terima kasih kerana mengizinkan hambamu berbakti pada sahabat ini. Terasa tenang dihati kerana dapat membantu. Kelihatan berseri wajah ukhti. Dapat berkongsi sakit yang dideritainya. Semoga segera sembuh wahai ukhti. Sebelum menuju keluar pagar saya segera memetik daun belalai gajah segar membiak didepan ukhti INI. Insyaallah akakn masakkan ukhti telur dadar belalai gajah with cheese.

Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Terjemahan sebahagian ayat 35 surah An-Nur

No comments: