Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, January 19, 2016

Hadirkan Niat Untuk Melakukan Sesuatu


Semua berubah kerana niat.

Insan fitrahnya akan melakukan kebaikan sesama manusia, sama ada dia beriman atau tidak beriman. Mukmin, Ahlul Kitab, Musyrik, Atheis; selagi mana mereka seorang manusia, akan ada nilai-nilai kebaikan yang dikongsi manusia sejagat.

Akan tetapi, kesemua ini di sisi Allah berbeza apabila seseorang melakukannya kerana keimanan kepada Allah dan mengharapkan pahala daripada Nya.

Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, dalam Kitab al-Iman, Bab (مَا جَاءَ أَنَّ الأَعْمَالَ بِالنِّيَّةِ وَالْحِسْبَةِ) Amalan Dengan Niat dan Mengharap (Pahala), hadis no: 55.

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ ".
Daripada Abu Mas'ud, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila seseorang berbelanja untuk ahli keluarganya dalam keadaan dia mengharapkan (pahala), maka belanjanya itu dikira sedekah.

Hadis no: 56

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ "إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ"
Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya tidaklah sama sekali kalian membelanjakan harta kerana mengharapkan Wajah (keredhaan) Allah, melainkan kalian akan diberikan ganjaran untuknya, hinggakan apa yang kalian letakkan dalam mulut isteri kalian.

Kesimpulan:
- Beza amalan manusia beriman dengan manusia tidak beriman ialah:
+ Manusia beriman melakukannya kerana itu fitrah manusiawi DAN kerana itu arahan Allah. Manusia tidak beriman melakukannya semata-mata itu fitrah manusiawi.
+ Kita perlu sentiasa menghadirkan niat melakukan sesuatu untuk mengharapkan pahala Allah agar apa kita lakukan dikira sebagai ibadah. Jika tidak amalan kita sama seperti amalan kebaikan orang-orang tidak beriman, yang mana mereka melakukannya tanpa niat kerana Allah.

Alhamdulillah jazakallah hu khair buat Kanda kerana banyak menyokong dlm membuat kerja-amal buat membantu jiran tetangga yg terdekat. Moga Allah memudahkan urusan kita yang berbaki mencari amalan menuju kesana

Wallahua'lam.
Rujukkan:
www.alkahfi.com.my

No comments: