Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, January 18, 2016

Keampunan Disebalik Musibah

Minggu akhir dikhabarkan  berita saudara terdekat ditimpa musibah. Saya dan suami berkunjung me hospital sambil membaca ayat-ayat Allah kerana pada kami ayat-ayat Allah merupakan syifak. Alhamdulillah merasa lega dan akhir-akhir ini Pak Long telah dibenarkan pulang ke rumah.

Alhamdulillah hari ini dengan nekad yang tinggi saya telah melawat ukhti dikejiranan Kristal kami. Alhamdulillah siapkan bubur diawal pagi Dan 9.00 am terus kerumah ukhti tersebut dan hidangkan makan samjil memberikan kata semangat pada beliau. Alhamdulillah banyak makannya dan saya teruskan dengan bacaan Quran surah Al baqarah dari 30 hingga page 38. Alhamdulillah tenang.

Kelihantan tangannya kuning kerana kekurangan darah insyaallah esok nak bawa kan ukhti ni habatus sauda. Maka sesungguhnya...tersirat

KEAMPUNAN DI SEBALIK MUSIBAH

Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah, mereka mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ وَصَبٍ وَلاَ نَصَبٍ وَلاَ سَقَمٍ وَلاَ حَزَنٍ حَتَّى الْهَمِّ يُهَمُّهُ إِلاَّ كُفِّرَ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِهِ

“Tidaklah seorang mukmin ditimpa musibah berupa kesakitan (yang berpanjangan), rasa penat, rasa sakit, rasa sedih, dan kekhuatiran yang menerpa melainkan dosa-dosanya akan diampuni”
(HR. Muslim no. 2573).

Dari Mu’awiyah, ia berkata bahwa ia mendengar sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam,

مَا مِنْ شَىْءٍ يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ فِى جَسَدِهِ يُؤْذِيهِ إِلاَّ كَفَّرَ اللَّهُ عَنْهُ بِهِ مِنْ سَيِّئَاتِه

“Tidaklah suatu musibah menimpa jasad seorang mukmin dan itu menyakitinya melainkan akan menghapuskan dosa-dosanya”
(HR. Ahmad 4: 98. Syaikh Syu’aib Al Arnauth berkata bahwa sanadnya sahih sesuai syarat Muslim).

No comments: