Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, January 16, 2016

Jaga Dua Amanah

Memang bukan mudah untuk menjaga 2 amanah ini lebih-lebih lagi teknologi sekarang yang hebat. Tanpa sedar, kita sering terlibat dengan perkongsian yg tidak tahu kesahihan cerita. Maka memang saya dah nekad untuk banyak mendiamkan diri lagi-lagi bila mengenangkan peristiwa yang berlaku pada seorang sahabat saya dan kisah beliau banyak memberi kesedaran pada saya.

 Sebelum ini saya suka berkongsi cerita tentang anak- anak tanpa saya sedar saya banyak menyinggung hati  insan -insan lain. Seringkali menerima personal whatsup dari ukhti group yang Sudah bosan dengan msg2 yg membuang masa.Keluhan-keluhan membuatkan tersedar dari lamunan dan membuka mata saya untuk mengubah cara saya sebelum ini.

 Kisah seorang  sahabat yang menghadapi crisis dengan anaknya juga banyak membuka mata saya.Ya Rab Engkau hadirkan sahabat ini dan beliau berkongsi kisah duka menjadikan saya termangu dan muhasabah diri...Aduhai betapa kisahnya meruntun saya  dan saya kongsikan pengalaman saya dengan  anak-anak saya pada sahabat ini nmungkin sedikit sebanyak dapat member Ilham kepada beliau. Kisah beliau telah memerikan saya semangat untuk meningkaykan azam untuk mencari yg terbaik dan meningkatkan usaha untuk meningkat ilmu.

Alangkah  ruginya manusia yang tidak mahu mengambil berat tentang ilmu, amal dan ikhlas. Menjalani hidup sebagai suri rumah sepenuh masa bukan alasan untuk saya tidak perlu tambahkan ilmu di dada. 

Saya perlu kurangkan tidur dan bercakap juga hold jejari saya dari melayari whatsup dan lebihkan amalan. Paling penting, buat apa jua pun dengan penuh keikhlasan. Sukar tetapi tidak mustahil. Apa yang perlu adalah kesungguhan.


Terkenang kisah sahabat tadi  yang kesedihan dan berduka ditika ini. Moga segala kisah saya dan anak-anak dinkilkan pada beliau dapat membantu beliau. Moga Allah permudahkan urusanmu sahabat

No comments: