Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, January 14, 2016

Hukum Bacaan Waqaf


Malam ini 12 Januari 2016 Selasa, kuliyyah talagi diteruskan bersama imam muda Aran  dengan dimulakan dengan bacaa surah Al Qiyamah dan Al Insan. Malam ini juga  ustaz menerangkan hukum  membaca Bala""



Hukum Membaca Bala (  بلا  )

Di dalam Al-Qur’an lafaz Bala terdapat pada 22 tempat (ayat). Hukum Membaca Bala tersebut terbagi atas 3 macam Yaitu :

a.. Boleh dan lebih baik berhenti (waqaf)

Di Al-Qur’an ada 10 yaitu surat :

1.       Al-Baqarah ayat 81

2.       Al-Baqarah ayat 112

3.       Al-Baqarah ayat 260

4.       Ali Imran ayat 76

5.       Al-A’raf ayat 172

6.       An Nahl ayat 28

7.       Yasin ayat 81

8.       Ghafir ayat 50

9.       Al Ahqof ayat 33

10.    Al Insyiqaq ayat 15

Cara membacanya hendaknya lafaz diwashalkan, dan berhenti pada lafaz Bala kemudian ibtida’ dari lafaz yang terdapat pada sesudah lafaz Bala.

b.. Tidak boleh (dilarang) waqaf.

Di Al-Qur’an ada 7 yaitu surat :

1.       Al An’am ayat 30

2.       An Nahl ayat 38

3.       Saba’ ayat 3

4.       Az Zumar ayat 59

5.       Al Ahqaf ayat 34

6.       At Tagabun ayat 7

7.       Al Qiyamah ayat 4

c.. Boleh berhenti (waqaf ) dan boleh juga washal

Di Al-Qur’an ada 5 yaitu surat :

1.       Ali Imran ayat 125

2.       Az Zumar ayat 71

3.       Az Zukhruf ayat 80

4.       Al Hadid ayat 14

5.       Al Mulk ayat 9
Berikut adalah Tips bacaan Quran yang harus kita santuni
TIPS BACAAN AL-QURAN (Siri 05)

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini

١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها

13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .

Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan. Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .

Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .

14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .

Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،

15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

No comments: