Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, January 27, 2016

Jenazah

Hari ini Tanpa diduga perginya seorang sahabat yang menderita sakit kanser.  Bila membaca berita kematian  tersebut  apa yang  tergambar di minda  adalah untuk turut serta menguruskan jenazah ukhti ini.

Siapkan yang perlu untuk anak-anak pergi kesekolah. Saya beruntung benar kerana suami sangat memahami dan hadirnya idea ukhtifillah saya Dr Hamizah yang berniat untuk membelikan sarapan maka kami bergegas mencari sedulang penuh berisi nasi lemak dan seplastik nasi dagang dan nasi kerabu dan seplastik donat disumbangkan oleh abang yang menjual. Kami terus serahkan sarapan tersebut dan lantas kami pergi ke surau buat persediaan pengurusan jenazah.

Sesampai sahaja disurau kami bergegas ke bilik jenazah, kelihatannya semua dah tersedia. Hanya menunggu jenazah sesampai sahaja jenazah  dengan kalimah ..Allahumma phir lahu warhamhu whag phuannha. .." Semoga Allah mengampuni melimpahk . Kasih sayangnya memaafkan dan memuliakannya" ..yang mampu diucapkan.

Dan kami menyegerakan tugasan merawat jenazah ukhti ini.
Setelah jenazah bersedia untuk dimandikan kelihatannya Kak odah menyiram anggota tubuh badan dan mandikan mandi wajib keatasnya dan kemudian  menggosok lembut seluruh tubuh badannya dengan menggunakan sabun. Kemudian setelah berulang Kali menyiram dan yakin kami menyiram dengan larutan kelapa barus dan serbuk kayu cendana dan juga perfume ianya dilaksanakan oleh suami dan anak-anak simati. Dan seterusnya kami mengeringkan badan nya sekering-keringnya. Setelah kering kami tutup lubang hiding, telinga dan mulut dengan kapas. Kak Odah dibantu oleh kami ..saya dan Kak Lela kelihatannya sangat tenang melaksanakan tugasan yang diamanahkan padanya.

Setelah selesai sebelum menutup mukanya dipanggil semua ahli keluarga untuk menatap wajahnya kali terakhir...Allahuakhbar air mata berlerai melihat anaknya yang bongsu berusia 5 tahun menangis. Saya dan kak Normah berpelukan dan kelitanan Kak Lela pun tidak dapat menahan dan ketika suaminya menciumnya....

Setelah usai bergegas kami keluar mengambil wudhu dan bersegera solar jenazah. Alhamdulillah selesai Ku dakap Kak Normah dan Dr Ja betapa hati ini lega kerana hajat kesampaian.

Walaupun duka menusuk diri hari ini, hidup perlu diteruskan dan banyak pengajaran yang dapat ditimba dari kisah hari ini. Kisah saya dan ukhti fillah rahimukumullah yang senantiasa menemani..Linda, Miza, Mar, Fiza, Yati,Sis Lela , sis Marina dan sis Zaiton senantiasa bersama dalam melaksanakan kerja amal. Moga ikatan kami kekal hingga me jannah

Bagaimana keadaan kita nanti?

 

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِيٍّ الأَنْصَارِيِّ، أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ فَقَالَ
Daripada Abu Qatadah bin Rib'iy al-Ansariy, beliau menceritakan bahawa satu jenazah lalu berhampiran Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam, lalu baginda bersabda:

 " مُسْتَرِيحٌ، وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ ".
Sama ada dia direhatkan atau pun orang lain akan berehat daripadanya.

 قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ
Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah maksud dia berehat dan orang lain akan berehat daripadanya?

قَالَ " الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ،
Baginda menjawab: Hamba yang beriman akan direhatkan daripada kesusahan dan kesukaran dunia, dan dia menuju kepada rahmat Allah.

وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلاَدُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ ".
Hamba yang jahat pula; (kematiannya) akan merehatkan manusia, bumi, pokok, dan haiwan daripada (kejahatannya).
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis no: 6512]

www.alkahfi.com.my





Beginilah jadual harian ...setia menemani anak-anak bujang melaksanakan kerja sekolah dan memantau sesi Ngaji Qurannya. Walaupun bagai tidak bermaya merasa kehilangan ukhti namun terpahat di jiwa until terus berbakti.

"Ya Rab Kau permudahkan urusan kami sekeluarga"

No comments: