SAHABAT
Sebagai isteri dan juga sahabat mememang sangat memahami naluri seorang suami. Saya cuma tumpang bahagia melihat dia gembira memiliki apa yang diidamkan selama ini. Teringat-ingat akan kisah ukhtie yang kami ziarah kerumahnya kerana patah jari kakinya.
PENAMPILAN
Kagum melihat beliau yang senantiasa cantik dirumah. Dan kami bertanyakan rahsia dan antara rahsianya melaksanakan petua arwah Bonda beliau yg sangat tegas dalam mengurus suami. Bukan sekadar sebagai sahabat malam beliau memastikan keterampilan suami perlu dijaga. Bukan sahaja beliau perlu cantik tetapi keterampilan suami lebih lagi perlu dijaga.
MASAKKAN
Makan pakainya..dan merasa kurang selesa bila makan di luar. Masak untuk suami satu kemestian. Air tangan tu penting katanya ..pergi manapun sang suami pasti dia akan ingat masakkan kita. Alhamdulillah banyak petua yg kami perolehi. Dapat juga bawakan cucur udang buat beliau merasa puas hati melihat beliau suka akan buah tangan yang tak seberapa ini.
Perjumpan kali ini Sgt ringkas namun ia memenuhi tujuan. Niat kami menghiburkan ukhtie kami yg kerinduan dan setelah mereka menjamah cucur yang panas dari kuali tiba masanya untuk berangkat menemani Mr Kanda untuk temu janjinya dengan "Mr Black"
Memang tersangat singkat perjumpaan namun terlerai rindu buat ukhti semua. Mereka ini semua pembakar dan 3 semua miliki PHD dalam bidang masing-masing. Idea mereka dalam memajukan umah sangat mengkagumkan dan menjadi inspirasi dalam hidup ini dalam meneruskan tanggungjawab srikandi surirumahtangga.
Alhamdulillah siap cucur buat ukhtie walaupun kelam kabut untuk memenuhi dua amanat.
Dan akhirnya Aysh miliki Miss Wish milik sigenitaysh.
1 comment:
As salam
Cik abang beli kete VW model ape? Saya ex VW kat Pekan Pahang.
Post a Comment