Wahai anak ibu akur, diri ini bukanlah seorang ibu yang sempurna namun percayalah bahawa semua ibu mahukan anak-anak menjadi hamba yang taat pada NYA
iImam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya,dia perlu bangun awal dari kebiasaannya tidur hingga dinihari...dan banyak lagi namun ingatlah kata Allah
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216 ..
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Bila kita diminta berubah maka tidak perlu melatah dengan menyalahkan orang lain.
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
Adam, Alif, Amir Amar dan Aysh izinkan ibu membimbing mu semoga ibu dapat perbaiki kesilapan diri.dalam melayari hidup yang berbaki sebagai seorang ibu, isteri kepada suami tercinta, seorang anak kepada seorang ibu yang tegas dan seorang sahabat kepada anak yang sangat matang.
Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu berubah. Tetapi perubahan itu “awkward”– yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.Oleh itu ramai yang tidak menerima maka lahirlah kata-kata yang angkuh " biarlah aku dengan cara aku". Angkuh dan sombong bunyi, Baiklah teruskan laa dengan caramu moga dengan cara mu itu akan menemui kebahagian.
Adam, Alif, Amir Amar dan Aysh .. yang masih ingin mendengar insyaAllah ayuh usahakan mencari redhonya. Doa ibu senantiasa mengiring kalian....
No comments:
Post a Comment