Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, May 5, 2016

Kekal


Antara topik yg adalah ujikaji tentang 14 huruf permulaan surah.


Ustaz meneruskan dengan menerangkan ayat 107  orang beriman & beramal soleh akan kekal dalam syurga FIRDAUS dan lantas ustaz bertanya kekal itu makhluk Allah atau tidak dan dalam pencarian..mendapati

sifat 20 (Baqa)

3.BAQA ( KEKAL )

Beriman kepada Allah adalah meyakini bahawa Allah ta`ala bersifat Al-Baqa’ iaitu kewujudan Allah adalah kekal, tidak akan binasa, tidak musnah dan mengalami kesakitan. Sifat kekal Allah wajib dari segi akal yakni akal tidak boleh menolaknya. Jika Dzat Allah ta`ala bersifat kekal, maka segala sifat yang wajib bagi Dzat-Nya turut bersifat kekal seperti qudrat, ilmu, mendengar, melihat, berkehendak dan selainnya.

Allah ta`ala berfirman:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ. وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ

Maksudnya:

“Semua yang ada di bumi itu akan binasa .Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”

(Surah al-Rahman : 26-27)

Allah ta`ala adalah Dzat yang Maha Mengatur alam semesta. Dia (Allah) wujud selama-lamanya dan tidak akan binasa. Allah jugalah yang merupakan Dzat yang mutlak dalam mengatur dan mentadbir segala ciptaan-Nya. Hanya kepada-Nya seluruh kehidupan ini akan kembali.

Allah ta`ala berfirman:

 كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۥ لَهُ ٱلْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

“Tiap-tiap sesuatu pasti binasa ,kecuali Allah ,bagi- Nyalah segala ketentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Al-Qashash : 88)

Oleh itu, mustahil Allah ta`ala itu bersifat fana’ iaitu binasa. Adapun makhluk yang tidak akan binasa itu harus baginya kebinasaan dari segi akal namun ia dikekalkan dengan kehendak Allah ta`ala, manakala sifat kekal pada Dzat Allah tersebut adalah kekal yang dzati/hakiki, tanpa berhajat kepada dzat yang lain untuk mengekalkannya. Antara makhluk yang tidak binasa dengan kehendak Allah ta`ala ialah:

1. Syurga
2. Neraka
3. Lauh al-Mahfuz
4. `Arasy
5. Qalam
6. Kursi
7. Roh
8. Tulang Ajbul Zanbi / tulang Sulbi
9. Jasad sekalian Nabi
10. Jasad orang yang mati syahid iaitu orang yang mati di dalam perang di jalan Allah.

Kesimpulannya, segala makhluk-Nya yang tidak musnah ini (baqa’ muqayyad), keberkekalan mereka adalah semata-mata dengan kehendak Allah. Maka terbatallah qawl yang mengatakan bahawa keberkekalan makhluk-makhluk tersebut adalah keberkekalan yang bersifat dzati (kekal dengan sendiri).

No comments: