Tips untuk uruskan Anak yang Ramai
👶👦Jangan bertangguh dalam urusan memandikan anak. Apabila anak sudah bangun madikan dengan segera kerana mood mereka cepat berubah. Selepas mandi, mereka akan lebih segar dan mengelakkan anak-anak menjadi moody .
👶👦Beri makan awal dan secara beramai-ramai. ini memudahkan kita memantau anak-anak dan biasanya mereka lebih berselera apabila makan beramai-ramai. Disamping itu, ia juga memudahkan proses mengemas selepas makan.
👶👦Tidak ditangguhkan permintaan anak-anak. Contohnya mereka meminta susu. Ini bagi mengelakkan mereka tantrum kerana tidak diberi perhatian.
👶👦Susun dan sediakan pakaian dan lampin anak-anak di satu tempat yang mudah diambil. Biasanya anak-anak perlu bertukar pakaian selalu. Pastikan pakaian anak-anak diasingkan tidak bercampur aduk.
👶👦 Sediakan ruang untuk bermain, peralatan mainan yang sesuai dan atur jadual untuk mereka bermain ini memudahkan kita melakukan tugasan lain.
👶👦Tetapkan waktu untuk mereka tidur pada waktu tengah hari dan malam. Waktu tidur yang terangcang memudahkan kita melakukan tugasan kita.
👶👦Elakkan diri leka dengan handphone apabila sedang melakukan tugasan seperti memasak. Ini kerana dikhuatiri berlaku perkara yang tidak diingini . Kecuaian berlaku dalam sekelip mata.
👶👦Banyakkan bersabar dengan kerenah anak-anak. Tanamkan dalam inda bahawa anak-anak kita yang kecil itu sebenarnya sedang membesar dengan cepat. Kelak kita pasti merindui keletah mereka semasa kecil.
fuzidss
Sumber : Baju Kelawar Bedak Sejuk.
No comments:
Post a Comment