Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, May 19, 2016

Tiada Madah Yang Dapat Dilafaz



Tiada lafaz yang mampu diungkap, tiada madah yang mampu disusun, tiada lukisan yang mampu menterjemah. Hanya rasa syukur Alhamdulillah.. Allah beri nikmat kesihatan setelah terbaring seharian kerana keterlanjuran menjamah ubat batuk.Tidak disangka ubat batuk yang dibekalkan oleh Klinik Kerajaan Shah Alam amat memberi kesan. Memang agak sakit badan-badan ini dan mujur kakak ada menjaga Aysh dan masak untuk hari ini.

Malam tadi ustaz terus melayari surah seterusnya iaitu SURAH TAHA yang  bermula dengans surah 12 yang mana dalil kenabian Nabi Musa manakala ayat seterusnya iaitu ayat 24 hingga 28 merupakan doa agar dilapangkan dada, mudahkan urusan,  lepaskan kekakuan lidah untuk berkata-kata dan supaya mereka memahami apabila kita ingin menyampaikan sesuatu manakala ayat 29 pula merupakan doa bila berdepan dengan musuh.

Kelas Terakhir sebelum ustaz berangkat bermusafir ke 7 buah negara  Backpack Travel katanya moga Allah permudahkan urusan ustaz semasa bermusafir dan teruskan update ustaz.

Mengimbau kembali baiit-bait ayat dari ungkapan khutbah Jumaat Dr Zulkifli Al bakri yang mana menegaskan tentang PAHALA dari sudut pandang yang berbeza.

Sebenarnya pahala itu mudah apabila dimudahkan oleh Allah swt. Dan ia boleh jadi payah apabila disusahkan oleh Allah. Segala-galanya bermula dengan niat.

Sebagai contoh, seorang lelaki ingin menunaikan solat Maghrib, lalu dia solat. Maka dia mendapat pahala solat itu. Namun jika lelaki itu ingin menunaikan solat Maghrib, lalu diajak anak dan isterinya untuk solat, lalu mereka menuju ke masjid, kemudian tiba di masjid, mereka membaca doa masuk masjid, kemudian mereka berniat iktikaf, kemudian mereka solat sunat rawatib, kemudian mereka solat Maghrib berjamaah, kemudian membuka helaian al-Quran lalu membacanya, kemudian menadah kitab mendengar tok guru mengajar kuliah Maghrib, kemudian menghulurkan sedikit derma, selepas kuliah mereka solat Isya' berjamaah. Lihatlah betapa berbezanya pahala yang didapati oleh lelaki tersebut yang asalnya hanya ingin menunaikan solat Maghrib.

Pernah diceritakan oleh seorang ulama' kepada TG, tentang kisah seorang lelaki yang membina sebuah rumah. Rumahnya dibina dengan tingkap yang besar dan pintu yang luas. Lelaki tersebut bercerita kepada sheikh bahawa dia gembira membuat rumah seperti itu kerana pintu yang luas dan tingkap yang besar membolehkan udara masuk ke dalam rumah, lalu menyamankan rumah.

Sheikh kemudian menambah, alangkah baiknya jika engkau mengubah sedikit niatmu membina tingkap yang besar dan pintu yang luas itu, engkau niatkan agar rumahmu mudah dimasuki oleh seruan Azan, lalu kamu lebih mudah mendengar Azan, kemudian menjadikan kamu semakin rajin untuk ke masjid.

Lihatlah betapa mudahnya untuk mendapat pahala, hanya dengan niat yang betul, dengan perkara yang sudah ada, diniatkan kerana Allah swt.

Kata Nabi saw, niat seorang mukmin itu lebih baik berbanding amalannya.

Maka dalam hal  ini banyak ibrah dalam surah yang boleh dijadikan ikhtibar buat anak-anak bagi panduan mereka dalam melayari bahtera hidup mereka. Sebagai contoh Amir kelihatannya yang mudah sangat beremosi apabila beraksi di padang bola, mudah emosinya terganggu dengan telatah kawan-kawan yang lain pabila tidak bekerjsama dalam permainan maka sering menerangkan akan ibrah Nabi Musa yang bertemu dengan Khidir yang mana dijelaskan dalam surah al kahf ayat 78 dimana khidir menerangkan bagaimana nabi Musa tidak sabar. Kaitkan semula aksi beliau semasa dipadang.


Foto di bawah tersirat satu kisah yang akan dikenang ke akhir hayat. Disaat kami sampai ke klinik Kerajaan Seksyen 7, memang agak terkejut dengan melihat keadaan orang begitu sesak untuk mendapatkan rawatan. Maka bergegas ke kaunter untuk mendaftar. Dalam kalut untuk mencari kaunter A bagi tujuan pemeriksaan tiba-tiba  Aysh hilang dari pandangan. Memang agak panik sangat sehinggakan semua mata memandang ke arah kami. Tidak saya hiraukan malam menjerit memanggil Aysh yang hilang dan kedengaran suara Aysh menangis alhamdulillah. Lega syukur melihatnya menangis mencari-cari ibunya. Moga pertemuan kami seterusnya dengan Dr pakar di Hospital Seksyen 7 dipermudahkan.

Namun kesan yang mendalam buat diri dan kakak kerana melihat azabnya rakyat marhain yang memerlukan rawatan denga tawaran perkhidmatan yang terhad. Jika dibandingkan dengan klinik Swasta.



kelihatan Amir bersama rakan pasukan bola Tunas Selangor bersedia untuk ke Stadium Shah Alam.

No comments: