Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, May 5, 2017

JSSL'S Tournament 28 Apr - 1 May ...The battle has begUN


28 April 2017



Salam Siaran buat semua peminat. Maaf kerana tak dapat selalu bersiaran kerana sibuk dengan urusan anak-anak lagi-lagi semenjak menjadi Manager kepada Amir Fuzi player berjersi no 2.

Kami bersiap dan bergerak pada 12.00 menuju ke RNR Dengkil. Disana anak-anak dibekalkan bento nasi Ayam kukus cukup menarik hidangan anak-anak ini. Parents yang turut serta pun merasa terliur melihat keenakkan nasi Ayam kukus.

senantiasa bersama
Nasi diagih-agihkan dan kami parents tidak dibekalkan maka terpaksa mencari menu yang menambat hati buat perjalanan jauh kami. Alhamdulillah memang teringin benar dengan ikan patin. Memang kena dengan selera bersungguh-sungguh menjamahnya sambil melihat anak-anak makan.




Perjalanan diteruskan hingga sampai di Kastam Malaysia dan di sini peristiwa yang sangat meninggalkan kenangan yang mana Coach Ehsan tidak dibenarkan masuk ke Singapura kerana terdapat rekod yang masih belum selesaikan atas sebab tertentu dan mengambil masa untuk diuruskan. Anak-anak kelihatan beremosi kerana mereka dimaklumkan kemungkinan Coach tidak dapat sertai.

Amanat Dari Coach
Sesampai dikota Singapura anak-anak ditempatkan Bunch Hostel.  Lebih besar sedikit dari Adamson yang kami singgah last year tapi lebih lengkap lagi.

 Bilik saya 

Bilik anak-anak
Dinner pun served namun apakan daya anak-anak kelaparan. Ayam kehabisan.

Bermulah cerita.....

29 April 2017
Hari yang ceria bermula dengan Traning dicelah-celah hutan batu Singapura.



anak-anak U12 memang sangat disiplin, setiap masa berdisiplin dan senang diurus


Mee Goreng Yang Enak ttp pedas

Pau Yang Gebu

Sandwish yang mennarik


Mak Cik Kantin yang sentiasa membantu anak-anak

Makan Bersama .. Didahlui doa maka



Hari yang ceria kerana perlawanan pertama akan bermula pada 2.40 petang iaitu bertemu dengan pasukan OAZ FOOTBALL ACADEMY  dari Thailand. Pasukan yang sangat digeruni kerana dikenali dengan corak perlawanan lawan.

Mak cik kantin lega hari ni kerana anak  Mak cik kantin Amir score cantik goalnya, masa lawan Hong Kong Dan masa lawan Thai Amir assist. 
ATTP VS THAILAND (OAZ FOOTBAL ACADEMY ) MENANG  3-1
ATTP vs HONG KONG (ASIA PASIFIC SOCCER ) MENANG  3-0



Antara parents yang Hadir di padang


PEMAIN THAILAND

Kami ditempatkan di UNITED WORLD COLLEGE 4 di padang Turf sangat-sangat panas  namun sangat luas dan sangat selesa. Toilet agak jauh tetapi  kami selesa. Pertemuan dengan pasukan Thailand dan Hong Kong cukup mendebarkan hati kami namun kami puas hati dengan keputusan anak-anak





 Perlawanan seterusnya bertemu ASIA PACIFIC SOCCER SCHOOLS HK  pertemuan kali ini sangat sengit dan anak-anak ini sangat beremosi kerana 3-0 dan kali ini Amir berjaya score 1 goal yang sangat menari. Menurutnya dia tap jee sebab bola tu muntak dari penjaga gol.

ASIA PACIFIC SOCCER SCHOOLS HONG KONG 
Anak-anak bermain sangat tenang walaupun terdapat kekasaran antara mereka dan Coach Mereka sangat tidak menduga kerana ATPP dapat mengalahkan playernya.Kelihatan sangat profesional namun anak-anak kami bukanlah jaguh kampung dan anak-anak kami datang untuk memaklumkan mereka  punyai teknik dan DNA yang tersendiri.

Dalam perlawanan ini kelihatannya Amir diapit rapat dengan pemain no 2. Seiring dan sejalan namun kelajuan Amir tidak dapat dinafikan.





Pada malamnya kami dihidangkan dengan Sup Tulang Kambing Singapore (warna Merah) sedap melihatnya tetapi diri terpaksa menahan kerana maklum sangat badan ini tidak dapat menahan. Oleh itu berada diperantauan pandailah bawa diri agar tidak menyusahkan orang lain. Tujuan asal adalah untuk membantu anak-anak didalam persediaan untuk perlawanan di padang.

Parents Menikmati Sup Tulang Kambing


Jalan - Jalan Sekitar Hostel ..Minum di Bismillah Restoran
30 April 2017

Hari yang terang dan perlawanan hari ini sangat getir kerana akan bertemu dengan 4 negara iaitu
1.ALBIREX NIIGATA SINGAPORE  - 13:50 Menang 3-9
2.ASIOP APACINTI  INDONESIA- 14:40 tewas 1-0
3. LFA SINGAPORE -15:30  Menang 2-0
4. MAKATI FC PHILIPINE-16:20 Menang 2-0

Sebelum berangkat anak- anak di jamu dengan pasta dan ayam salai berserta Satay dan salad. Makanan dijaga oleh pihak pengurusan namun ada diantara anak-anak yang tidak begitu menggemari sarapan yang disediakan malah Coach juga.

GAME PERTAMA 30 APRIL 2017 - DI PADANG 1.ALBIREX NIIGATA SINGAPORE
ALBIREX NIBITA 


sementara menunggu perlawanan 

warming up



communication is a must in the field







ATTP VS ALBIREX

ATTP VS ALBIREX

ATTP VS ALBIREX

ATTP VS ALBIREX

ATTP VS ALBIREX

ATTP VS ALBIREX


ATTP VS ALBIREX



ATTP VS ALBIREX

WELL DONE GUYS

WELL DONE GUYS

WELL DONE GUYS
ASIOP APACINTI INDONESIA

PERLAWANAN KE 2 DI PADANG  ATTP vs ASIOP APACINTI  INDONESIA 14:40 Tewas 1-0

Perlawanan seterusnya bertemu dengan indonesia. Dan tiada siapa menyangka bahawa kami tewas dengan Indonesia. Sememangnya sangat mendukacitakan kami namun nasib tidak menyebelahi kami.









PERLAWANAN KE 3. LFA SINGAPORE -15:30  Menang 2-0  








setelah tewas anak-anak pastinya beremosi sedikit maka Coach cuba menenangkan anak-anak. Apa yang amat penting adalah kerjasama suka duka bersama harungi. Usaha anak-anak memang sudah maksima namun kita diuji untuk teruskan tingkatkan usaha.


Perlawanan diteruskan dan kami percaya saingan anak-anak akan memberi komitmen yang sepenuhnya

PERLAWANAN KE4. MAKATI FC PHILIPINE-16:20 Menang 2-0


MAKATI FC PHILIPINE


sesi interview dengan pengadil




Pertemuan  diantara ATTP dan Asiop Indonesia sangat tidak di duga kerana kami menguasai permainan namun nasib tidak menyebelahi kami kerana seolah-olah pintu gol tersebut tertutup untuk kami. Kami sangat sedih kerana anak-anak bersungguh-sungguh dalam perlawanan tersebut. Manakala perlawanan dengan Philiphine sangat luar dugaan juga kerana kami mampu menewaskan mereka. Mereka menang dengan Indonesia. Coach Makati telah datang bertemu dengan Manager kami iaitu Mr Aylwin mengatakan anak-anak bermain dengan terbaik. Punyai planing yang bagus dan comunication yang bagus.Maka berakhirlah pertemuan antara ATTP & Makati FC. Keesookkan harinya kami akan berjumpa dengan



1st May 2017
1. Euro Soccer Academy (Singapore)- 10.00 Menang 3-0
ANZA (Australia) - 12.30 Menang 4-0
3. Makati FC(Philipin) 13.30 Menang 2-0
4.JSSL Elite 1(Singapore) 18.00 Tewas 2-1


PERLAWANAN PERTAMA - EURO SOCCER ACADEMY  DI PADANG

EURO SOCCER ACADEMY SINGAPORE













Perlawanan ini kelihatan pemain Euro sangat tidak selesa dengan kepanasan dan kami dapat menewaskan beliau.  Rehat seketika sebelum meneruskan perlawanan dengan Anza from Australia












PERLAWANAN KE2 - ANZA (AUSTRALIA) DI PADANG
(tiada photo team)








PERLAWANAN KE3 - MAKATI (AUSTRALIA) DI PADANG










Harapan penuh digalas untuk bertemu dengan pasukan akhir. Memang  kami semua sangat menharapkan kemenangan kerana memandangkan perlawanan akhir buat ATPP  dan merupakan pengharapan setelah U11 tewas.

PERLAWANAN KE4 - JSSL ELITE 1 -  DI PADANG TEWAS 2-1 (LAST MINUTE GOAL)
Pasukan JSSL ELITE 1

Sebelum bermulanya perlawan kelihatan ultras ATTP yang terdiri parents yang hadir dan juga pemain ATTP U9, U10, U11 mengiringi menyanyikan Negaraku dengan penuh semangat. Bila rentak dipalu maka semangat memuncak menggunung.

Permainan mereka sangat matang jika dibandingkan dengan umur mereka dan bagaikan tidak puas memandang. Amir direhatkan kerana Amir melecet di peha. Tidak berapa lama kemudian Amir sertai the battle and Amir mulakan permainan yang sangat pantas. Tidak siapa yang menjangka di awal perlawanan Amir menerima bola dari Zac dan membawanya secara solo dan terus menyepaknya ke Akid dan tenang dan cantik Akid menendang ke pintu Gol...Yezzzz Golllllllllll.


Namun tiada siapa menjangka sepakkan kencang dari pemain tinggi JSSL ini menyamai mata. Diminit terakhir 30 saat sebelum tamat, Megat ditolak dan semua penyokong dan coach membantah dengan keputusan pengadil kerana tidak memberikan tendangan percuma kepada kami. setelah wisel dibunyikan maka pemain JSSL membawa bola dan menendang dengan jarak jauh. Dan mereka mendahului kami dan dan kami tewas akhirnya namun kami tewas dengan sangat bermarwah.

we don't consider the battle has ended....the battle has begun and its fire are picking up...








Sometimes by losing a battle you find a new way to win the war.
Gambar kredit



No comments: