Sijil faraid, Harta sepencarian dan Surat Kuasa Harta Pusaka Kecil Selesai
a)Surat Kuasa Harta Pusaka Kecil
Alhamdulillah pada 18 Mei 2017 Notis Petisyen dan Pendengaan di serahkan melalui serahan tangan dan telah saya teima dan permohonan kami akan didengar pada 23 Mei 2017 . Alhamdulillah pada hari pendengaran saya ditemani oleh Anis, anak yang sangat kuat semangat kerana dikala itu beliau demam dan petangnya perlu mengharungi test.
Anis sedang mengulangkaji mind mapsnya |
Allah permudahkan urusan kami kerana kes selesai dengan dengan itu surat Kuasa akan dikeluarkan sebulan dar taikh perbicaraan. Ini bermakna pada 23 Jun 2017 Surat kuasa melantik saya sebagai pentadbir kepada semua harta Allahyarham kanda akan dikeluarkan.
b)Harta sepencarian dan Ad Litem
Pada 19 April kami hadir ke mahkamah syariah menghadiri perbicaraan melalui tuntutan kami melalui saman No 10100-017-0094-2017 bagi menuntut hak harta sepencarian. Permohonan Pembahagian perlu dibuat dengan memfailkan saman dan afidavit menyokong permohonan itu. Kadar pembahagian harta sepencarian di Malaysia tiada ketetapan yang khusus. Dalam hal ini beberapa kes akan dirujuk untuk melihat keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah berhubung dengan harta yang dipertikaikan.Kadarnya tidak ditetapkan, ini kerana pihak mahkamah akan mengambil kira beberapa aspek sebelum menentukan kadarnya. Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan kadangkala pihak isteri akan mendapat bahagian ⅓, atau ½ dan kadangkala tidak mendapat apa-apa bahagian. Selain itu, persetujuan waris lain perlu diperoleh dan persetujuan ayahanda telah hadir bersama dalam bilik sulh dan kami berempat telah disoal siasat oleh pegawai sulh tersebut.
Dalam kes saya adalah secara rasa kasih untuk anak-anak saya memohon 1/2 dari harta-harta Allahyarham yang saya fikirkan ianya adalah hasil perkongisan hidup selama kami bersama. Alhamdulillah kami telah dijadualkan untuk terus bicara dihadapan Hakim Syarie Salehan bin Haji Yatim Pada 22 Rejab 1438H. Yang mulia hakim telah betul-betul menyoal Adam agar beliau benar-benar menjalankan tanggungjawab sebagai AD LITEM kepada adik-adiknya yang bawah umur kerana beliau telah bersetuju untuk menyerahkan segalanya kepada ibunya sebaga pentadbir segala harta dan mempersetujui hakim memerintahkan untuk membenakan permohonan harta sepencarian. Diketika ini air mata saya berderai kerana segala ini berlaku tidak pernah diimpikan. Bagi saya jika bukan kerana protokol dunia memang tidak pernah terlintas sekali
Dalam penghakiman, yang mulia hakim juga telah memerintahkan kedua-dua kereta Allahyarham ditukar milik kepada saya. Proses penukaran perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan perkhidmatan (JPJ) dan PUSPAKOM. (artikel seterusnya tetang proses penukaran Hak Milik Kenderaan si Mati)
c)Sijil faraid
Alhamdulillah melalui permohonan saman bernombor 10400-040-0029-2017 pada 5 April 2017 di hadapan Hakim Syarie Yang Mulia Hakim Mohamed Bin Haji Mokhtar mahkamah telah memerintahkan untuk pembahagian Faraid no sijil Faraid bernombo J110807 telah dimeterai 13 April 2017.
Selepas permohonan ini difailkan mahkamah menetapkan pendengaran di hadapan didepan pagawai Sulh didalam kamar dan seterusnya kami dicaturkan pada hari yang sama untuk berbicara didalam dewan bicara didepan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.Jika diwakili peguam, kehadiran anda boleh dikecualikan dan hanya peguam hadir pada masa itu. Namun segala urusan saya yang laksanakan. Dalam kes ini, saksi diperlukan dan perlu difailkan dalam bentuk afidavit bersama saman pemula dan afidavit . Saya telah meminta dua orang adik menjadi persetujuan dari dua orang adik Allahyarham iaitu Mohd Nizam dan Mohd Kamal Arif sebagai persetujuan dari waris.
No comments:
Post a Comment