Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, July 3, 2017

Proses Tukar Hakmilik Kenderaan Selesai


Alhamdulillah, proses penukaran hakmilik kenderaan selesai dan saya ingin berkongsi sedikit kisah yang mungkin boleh dijadikan rujukkan pada semua ibu-ibu tunggal diluar sana.

Kisah bermula pabila perintah mahkamah diperolehi dan jelas tersurat dalam perintah tersebut mengatakan bahawa kenderaan telahpun ditukar milik kepada saya.  Dan seperti biasa saya menyiapkan diri dengan mencari risalah berkenaan dengan penukaran tersebut melalui prof G...


Langkah Tukar Hakmilik Kenderaan

Antara syarat wajib adalah pewaris perlu melaksanakan proses  tukar hakmilik kenderaan kerana ia syarat wajib dari JPJ. Sebelum ke JPJ, wajib bawa kenderaan tu ke Puspakom untuk pemeriksaan & pihak Puspakom akan keluarkan laporan B5 selepas pemeriksaan. Laporan tu tersebut perlu dibawa sekali semasa proses penukaran nama di JPJ nanti.  hakmilik kenderaan, caj RM30.Anda akan dapat satu laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk  tempoh 1 bulan sahaja.





Berikut adalah senarai yang perlu dilengkapkan dan anda boleh juga melayari ke website JPJ . Insya Allah saling bantu membantu.

1. Borang JPJ K3A yang telah diisi dan ditandatangani oleh penerima pusaka
2. 2 salinan TM-3
3. Salinan ic pemunya baru yang menandatangani borang JPJK3A (kena bawa original ic sekali             untuk pengesahan thumb print)
4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2/Geran)
5. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
    a. Perintah Mahkamah; atau
    b. Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau
    c. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
    d. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil
6. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa
7. Wang tunai sebanyak RM100

Proses tersebut diatas  bagi kenderaan yang tidak berhutang namun jika kenderaan tersebut perlu melalui proses yang lain sebelumnya. Passat masih dalan pinjaman di bank dan saya perlu ke pihak bank bagi membuat penukaran yang sah. Memandangkan saya tidak berkerja saya perlu surat jaminan dan saya telah pergi menemui majikan Allahyarham untuk mendapatkan surat jaminan dari majikan Allahyarham. Alhamdulillah segalanya selesai dalam masa sehari dan pihak Bank perlukan masa seminggu untuk mereka siapkan dokumen pertukaran pinjaman diatas nama saya.  Pada 23 Jun 2017 maka sahlah kedua-dua kenderaan telah berjaya ditukar milik. Pegawai JPJ juga agak terkejut dengan segala dokumen saya lengkap memandangkan selalunya pihak Bank memang sukar menerima permohonan pertukaran pinjaman namun segalanya dipermudahkan.

Rujukkkan : website JPJ & Puspakom



No comments: