Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, January 28, 2016

Untuk Ilmu.. tiada alasan terlambat



Rasul kita –shallallahu ‘alaihi wa sallam- pernah bersabda,

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

“Menuntut ilmu adalah kewajiban setiap muslim.” (HR. Ibnu Majah, shahih)

Ilmu agama yang terpenting kita pelajari adalah berbagai ilmu yang wajib, itu yang utama dan mesti didahulukan.iaitu dengan ilmu ini seseorang tidak sampai meninggalkan kewajipan dan menlayari yang haram. Ini bermaksud kita punya kewajipan mempelajari akidah yang benar, tauhid yang tidak ternoda syirik, cara wudhu, solat dan ibadah lainnya sesuai yang Rasul kita ajarkan, dan seterusnya.

Sebenarnya tidak ada alasan untuk tidak belajar agama. Jika memang kita sulit hadir di majlis ilmu kerana kesibukan, berbagai media saat ini telah memudahkan kita untuk belajar.

 Luangkanlah waktu untuk memanfaatkan media-media tersebut. Banyak di antara saudara kita yang telah  menulis dan itu semua boleh jadi sumber rujukkan  yang membantu untuk belajar. Namun jika berkesempatan, berusahalah meluangkan waktu untuk belajar langsung dari seorang guru kerana ilmu yang diserap akan lebih baik dan mudah difahami.

Tidak ada kata terlambat untuk belajar kerana banyak ulama yang baru belajar ketika usia di atas 40-an. Dan jangan menunda-nunda waktu kerana antara esok atau lusa kita tidak tahu apakah Allah masih memberikan kita kesempatan untuk berada di dunia ini.

Semoga Allah senantiasa memberi hidayah demi hidayah.

No comments: